Drama Puteri Kelas Atas Di Viu

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Puteri Kelas Atas

Saksikan drama terbaru terbitan Viu iaitu Puteri Kelas Atas yang akan menemui penonton mulai 23 September 2025 secara eksklusif tayangan di laman web https://www.viu.com/ dan aplikasi mobile.

Drama 12 episod yang membawa genre gabungan romantik komedi ini merupakan arahan Tam Suhaimi. Penulisan skrip menerusi Nur Bulan, Hadi M. Nor bersama Aina Izzah. Diterbitkan oleh syarikat produksi Independent Pictures.

Episod : 12
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 23 September 2025
Penulis Skrip : Nur Bulan, Hadi M. Nor, Aina Izzah
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Independent Pictures

Puteri Kelas Atas

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Emma Sofea, Azri Safix, Jay Iskandar, Razin Qidran, Mokhtar Mohsin, Hana CTJ, Shah Kimin, Rusdi Ramli dan Sham Visa.

Selain itu, terdapat juga lakonan daripada Sadiq M. Jamil, Duerra Mitilda, Farihi Narnia, Nasir Khan, Heidi Nur Aleesya, Intan Ladyana, Azhar Sulaiman, Ej Lee dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Emma Sofea sebagai Tunku Amelia
  • Azri Safix sebagai Zaid
  • Jay Iskandar sebagai Iqbal
  • Razin Qidran sebagai Tunku Rafeeq
  • Mokhtar Mohsin sebagai Akid
  • Hana Tiha sebagai Iffah
  • Erin CTJ sebagai Dinie
  • Shah Kimin sebagai Yusof
  • Sadiq M. Jamil sebagai Nazir

Sinopsis Drama Puteri Kelas Atas

Drama Puteri Kelas Atas mengisahkan tentang Tunku Amelia, seorang puteri diraja yang dihantar secara rahsia ke sebuah sekolah berasrama penuh selepas satu pertelingkahan besar dengan ayahandanya.

Meskipun ia kedengaran seperti hukuman, Amelia menyambut peluang ini sebagai permulaan baharu dan merasakan ini peluang untuk melepaskan diri daripada belenggu protokol istana dan tekanan menjadi pewaris darah bangsawan.

Namun, impiannya untuk menjalani kehidupan biasa sebagai remaja biasa ternyata tidak semudah yang disangkakan. Kehidupan di Sekolah Berasrama Berlian menguji kesabarannya, dari peraturan sekolah yang ketat hingga suasana asrama yang asing dan bising.

Puteri Kelas Atas

Amelia bagaimanapun mula menarik perhatian tiga pelajar lelaki paling menonjol di sekolah iaitu Zaid, Iqbal dan Akid.

Zaid, seorang pelajar popular yang sering melanggar peraturan tetapi memiliki sisi empati yang tersembunyi. Iqbal pula, ketua pengawas yang berdisiplin dan berprinsip. Manakala Akid, atlet kegemaran ramai yang sentiasa ceria dan mesra.

Ketiga-tiga mereka mula jatuh hati kepada Amelia, tanpa mengetahui siapa sebenarnya gadis yang mereka kejar. Apa yang bermula sebagai perkenalan yang tidak disengajakan akhirnya berubah menjadi sebuah persaingan sengit.

Konflik semakin memuncak apabila seorang pelajar baharu, Rafeeq, muncul di sekolah. Rafeeq bukan sekadar pelajar biasa, tetapi dia ialah Tunku Rafeeq Putra, sepupu kepada Amelia yang juga merupakan anggota keluarga diraja.

Namun kehadirannya di sekolah bukan sekadar untuk belajar, tetapi sebagai langkah perlindungan terhadap Amelia yang dirasakan semakin terdedah kepada ancaman luar.

Lebih memburukkan keadaan, Rafeeq juga menyimpan satu rahsia besar yang berpotensi mengubah takdir keluarga diraja mereka, sekaligus menggugat kedudukan semua watak dalam cerita ini.

Amelia pula berada di persimpangan. Apakah dia akan memilih cinta, atau menunaikan tanggungjawab sebagai seorang puteri?


Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment