Sebuah lagi drama terbaru berjudul Perempuan Tidak Ternikah yang akan menemui penonton mulai 17 Disember 2025. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3.
Selain itu, anda juga boleh strim secara online drama terbaru ini menerusi platform Tonton sama ada di laman web atau aplikasi mobile 24 jam lebih awal daripada tayangan tv.
Drama 15 episod yang menggantikan Sumpah Ibuku ini merupakan arahan Eoon Shuhaini. Nukilan skrip daripada kerjasama antara Bunga Emmly dan Tommy serta diterbitkan oleh produksi Sha’s Media Sdn. Bhd.
Episod : 15
Tayangan : Slot Akasia TV3
Bersiaran : Mulai 17 Disember 2025 (Isnin – Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Bunga Emmly, Tommy
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Sha’s Media Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon
Drama Perempuan Tidak Ternikah menampilkan gandingan Eliza Sharifuddin bersama Yusuf Bahrin sebagai watak utama disamping pelakon-pelakon lain.
Juga terdapat penampilan dariapda Shahz Jaszle, Ali Reza, Raden Zaharatul, Kazar Saisi, Sharifah Shahora, Gabriel Chung dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Elizad Sharifuddin sebagai Kiesya
- Yusuf Bahrin sebagai Rayyan
- Ali Reza sebagai Adli
- Kazar Saisi sebagai Malik
Sinopsis Drama Perempuan Tidak Ternikah
Drama Perempuan Tidak Ternikah mengisahkan tentang perjalanan hidup Keisya iaitu seorang gadis yang membesar dalam jagaan neneknya selepas perpisahan ibu bapanya.
Tunangnya, Adli, menjadi sandaran utama Keisya tatkala ayah kandungnya, Malik, muncul dengan niat tersembunyi dan cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Ujian demi ujian menimpa apabila satu rahsia lama terbongkar, mendedahkan bahawa Keisya merupakan anak luar nikah, sekali gus membuka ruang kepada Malik untuk menuntut wang sebagai balasan menandatangani surat pengakuan perkahwinan.
Didorong oleh cinta, Keisya dan Adli mengambil keputusan untuk bernikah di Siam. Namun, sinar kebahagiaan itu tidak bertahan lama apabila nenek yang menjadi tempatnya bergantung pergi buat selamanya akibat serangan jantung, disusuli tragedi lebih dahsyat apabila Adli terkorban dalam kemalangan jalan raya.
Kehilangan dua insan paling bermakna membuatkan Keisya terjerumus dalam kegelapan emosi. Bukan itu sahaja, kini ditambah pula dengan penolakan keluarga Adli terhadap dirinya dan anak yang sedang dikandung.
Saat hidupnya berada di titik paling rapuh, Keisya bertemu Rayyan. Seorang lelaki yang menghulurkan bantuan dan membawanya memulakan kehidupan baharu di sebuah rumah kebajikan.
Walaupun perasaan cinta mula tumbuh, luka lama yang belum sembuh membuatkan Keisya menolak rasa itu dan memilih untuk menjauhkan diri.
Mampukah Keisya bangkit sebagai seorang ibu apabila segalanya seakan dirampas daripadanya, dan adakah hatinya yang remuk mampu menerima sinar kebahagiaan sekali lagi?












