Drama Pak Su Ammara Di Astro Ria

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Pak Su Ammara Astro Ria

Astro bawakan drama terbaru Pak Su Ammara yang akan mula ditayangkan pada 5 Januari 2025. Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria.

BACA JUGA : Drama Bahagia Yang Tertangguh Di Astro Ria

Penonton dapat saksikan semula lakonan daripada pelakon hebat yang viral dengan ‘Jamilah’ iaitu Que Haidar. Selepas 16 tahun, beliau kembali ke depan kamera sebagai watak utama dalam drama Pak Su Ammara.

Episod : 20
Bersiaran : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh : Mulai 5 Januari 2025 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 PM
Adaptasi Novel : Karya Marrisa
Penulis Skrip : Script Factory Studio
Pengarah : Azri Izhar
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Pak Su Ammara Astro Ria

OST Drama

Tajuk : Terlalu Bodoh
Penyanyi : Ara Johari
Komposer : Ilham Baso
Lirik : Ilham Baso

Barisan Pelakon & Watak

Dalam drama ini, Que Haidar digandingkan dengan Ummi Nazeera bersama-sama Syazwan Zulkifly sebagai watak utama sepanjang penceritaan.

Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Dian P. Ramlee, Zaleha Iman Zainal, Mia Nasir, Shah Iskandar, Hanna Aqeela, Fadilah Mansor dan ramai lagi.

  • Que Haidar sebagai Pak Su/Firdaus
  • Ummi Nazeera sebagai Hamiza
  • Zaleha Iman Zainal sebagai Ammara Rose
  • Syazwan Zulkifly sebagai Wafiy
  • Raja Azmi sebagai Hajjah Rubiah
  • Mia Nasir sebagai Wardah
Pak Su Ammara Astro Ria

Sinopsis Drama Pak Su Ammara

Telefilem Pak Su Ammara mengisahkan tentang Hamiza, seorang guru prasekolah yang terperangkap dalam sebuah perkahwinan yang penuh tekanan dan penderitaan.

Tidak sanggup lagi meneruskan hubungan yang toksik, Hamiza memilih untuk keluar daripada perkahwinan tersebut walaupun ketika itu dia sedang mengandung.

Bermula saat itu, Hamiza menempuh kehidupan baharu sebagai seorang ibu tunggal yang tabah menghadapi cabaran hidup.

Dalam fasa sukar tersebut, Hamiza bertemu dengan Firdaus, atau lebih dikenali sebagai Pak Su, iaitu bapa saudara kepada salah seorang muridnya bernama Ammara Rose, yang kemudiannya menjadi insan penting dalam perjalanan hidupnya.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now