Saksikan drama terbaru di slot Megadrama berjudul Mutiara Dalam Debuan Kabus. Drama ini akan mula bersiaran pada 6 Oktober 2025, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104.
BACA JUGA : Drama Rumah Tanpa Luka Di Astro Ria
Bagi yang terlepas atau tidak mempunyai akses Astro, anda boleh strim dan ikuti perjalanan drama ini menerusi platform Sooka. Iaitu menerusi laman web atau aplikasi mobile.
Drama 24 episod yang merupakan adaptasi novel karya Manaf Hamzah ini merupakan arahan Harris Fadzillah. Ditulis oleh Wan Mahani Wan Hassan serta penerbitan daripada SR one Sdn. Bhd.
Episod : 24
Bersiaran : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh : Mulai 6 Oktober 2025 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Harris Fadzillah
Produksi : SR One Sdn. Bhd.
OST Drama
Tajuk Lagu : Perasaanku
Penyanyi : Fieya Julia
Komposer : Jyan
Penulis Lirik : Amir Hariz
Pelakon Dan Watak
Berikut merupakan antara pelakon yang terlibat dalam drama Mutiara Dalam Debuan Kabus seperti Zahiril Adzim, Emma Maembong, Jasmin Hamid, Rahim Omar, Natasya Mahyan dan Watie Sadali.
Selain itu, terdapat juga pelakon-pelakon lain seperti Afzan A Rahman, Faye Kusairi, Muaz Fitri, Safura Ya’cob, Manan Sulaiman, Khaty Azian, Zalfa Zin, Rashdan Baba dan ramai lagi.
- Zahiril Adzim sebagai Uzzam
- Emma Maembong sebagai Aslin
- Jasmin Hamid sebagai Rahayu
- Rahim Omar sebagai Zulkarnaian
- Natasya Mahyan sebagai Nora
- Watie Sadali sebagai Masirah
- Afzan A Rahman sebagai Redzuan

Sinopsis Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus
Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aslin yang ditemui cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari.
Setelah sedar daripada koma, Aslin hilang ingatan sepenuhnya dimana dia tidak mengenali namanya, keluarganya, mahupun kehidupannya sendiri.
Dia kemudian diperkenalkan sebagai isteri kepada Uzzam Zulkarnain dan ibu kepada seorang anak kecil. Namun, hubungan mereka renggang dan sering dilanda pertelingkahan.
Aslin dituduh curang, digelar ibu yang tidak bertanggungjawab, dan rumah tangganya berada di ambang perpisahan.
Dalam usaha membina semula kehidupannya, Aslin bertekad untuk menjadi isteri dan ibu yang lebih baik. Usahanya mula menampakkan hasil apabila hubungan mereka sedikit demi sedikit pulih.
Namun, segalanya berubah apabila satu kebenaran mengejutkan terbongkar, dia sebenarnya bukan Aslin, tetapi Airina.













1 thought on “Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus Di Astro Ria”
Comments are closed.