Drama Mandul Bukan Pilihan Di Astro Ria

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Mandul Bukan Pilihan

Selepas Dia Bukan Syurga, satu lagi drama terbaru bakal temui penonton, Mandul Bukan Pilihan. Akan disiarkan mulai 14 Julai 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria (104) dan secara online di Sooka.

Drama 28 episod ini merupakan sentuhan kreatif daripada penulis skrip, Oka Aurora. Dengan arahan mantap Osman Ali serta diterbitkan oleh produksi iFAME (iFabulous Art Media & Event)

Episod : 28
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh : Mulai 14 Julai 2025 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Oka Aurora
Pengarah : Osman Ali
Produksi : iFAME (iFabulous Art Media & Event)

Drama Mandul Bukan Pilihan

OST Drama

Tajuk Lagu : Break
Penyanyi : Misha Omar
Komposer : Melly Goeslaw
Penulis Lirik : Melly Goeslaw

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi drama siri ini seperti Hun Haqeem, Mira Filzah, Ayda Jebat, Ashraf Muslim, Normah Damanhuri, Chacha Maembong, Keanu Razman, Wan Raja, Sharifah Shahora, Kunza Muzani, Rahim Jailani dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Hun Haqeem sebagai Aldi Ibrahim
  • Mira Filzah sebagai Billa (Nabilla Intan)
  • Ayda Jebat sebagai Farah Zarani
  • Ashraf Muslim sebagai Dr. Elhan
  • Normah Damanhuri sebagai Tok Ma
  • Keanu Razman sebagai Haziq
  • Chacha Maembong sebagai Alma
Pelakon Mandul Bukan Pilihan

Sinopsis Drama Mandul Bukan Pilihan

Drama Mandul Bukan Pilihan mengisahkan tentang perkahwinan Aldi dan Billa yang bermula atas dasar sebuah perjanjian luar biasa bernilai RM1 juta iaitu syarat keras yang ditetapkan oleh nenek Billa sekiranya Aldi berhasrat untuk menceraikan Billa yang tidak mampu mengandung.

Lima tahun berlalu, rumah tangga mereka kelihatan bahagia di mata orang, namun hakikatnya semakin rapuh apabila impian menimang cahaya mata kian kabur.

Dalam kegusaran dan rasa terdesak yang makin menyesakkan, mereka nekad memilih jalan yang bertentangan dengan ketentuan Ilahi, demi menunaikan impian yang tidak kesampaian.

Kehidupan mereka semakin kusut apabila kemunculan seorang adik angkat yang menyimpan niat terselindung serta seorang sahabat lama yang tiba-tiba menjadi tempat bergantung, mengubah segalanya.

Jangan terlepas untuk saksikan Mandul Bukan Pilihan di Astro Ria.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Drama Mandul Bukan Pilihan Di Astro Ria”

Leave a Comment