Drama Langit Ke Tujuh Di TV3

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Drama Langit Ke Tujuh

Saksikan drama Langit Ke Tujuh yang akan menemui penonton mulai 21 Ogos 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau strim di Tonton.

Selain itu, disebabkan drama ini sudah pernah ditayangkan menerusi platform Tonton, jadi anda boleh saksikan full episode secara online sekarang.

Drama 8 episod ini merupakan idea Mira Mustaffa dengan nukilan skrip daripada Shah Rizal Mashur. Diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan terbitan Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Episod : 8
Tayangan : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 21 Ogos 2025 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Shah Rizal Mashur
Pengarah : Heykal Hanifah
Penerbit : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Drama Langit Ke Tujuh

OST Drama

Tajuk Lagu : Genggam
Penyanyi : Apwriter & Afif Tirmizi
Komposer : Apwrite & Noktah
Penulis Lirik : Apwrite

Barisan Pelakon

Antara pelakon utama dalam drama Langit Ke Tujuh ialah Zamarul Hisham, Nora Danish, Farahdhiya dan Faezah Elai. Mereka dibantu oleh Chacha Maembong, Nafiz Muaz, Fauziah Nawi, Haqeem Heykal, Muhammad Faisal dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zamarul Hisham sebagai Ayah Abdul
  • Nora Danish sebagai Kalsom
  • Farahdhiya sebagai Zainab
  • Faezah Elai sebagai Suhana
  • Chacha Maembong sebagai Zahara
  • Nafiz Muaz sebagai Yusof
  • Fauziah Nawi sebagai Mak Ina
  • Haqeem Heykal sebagai Salman
  • Yean Mokhtar sebagai Tok Ayah
Drama Langit Ke Tujuh

Sinopsis Drama Langit Ke Tujuh

Drama Langit Ke Tujuh membawa penonton menyelami dunia Tanah Surgo iaitu sebuah komuniti yang dipimpin oleh Ayah Abdul. Beliau hidup bersama dengan tiga orang isterinya iaitu Kalsom, Zaynah dan Suhana

Ayah Abdul digambarkan sebagai seorang pemimpin berkarisma yang memanipulasi kepercayaan pengikutnya demi memperkukuhkan pengaruhnya.

Dengan janji-janji palsu syurga dan keselamatan, Ayah Abdul berjaya memukau para pengikutnya sehingga mereka sanggup mengorbankan segalanya.

Namun, segalanya berubah apabila Zahara iaitu seorang wanita muda yang pada awalnya terpesona dengan ajaran Tanah Surgo, mula menyedari kebenaran di sebalik tirai kejahatan tersebut.

Berbekalkan keberanian, Zahara berusaha untuk membongkar segala kepalsuan yang tersembunyi.

Di samping itu, konflik keluarga turut diceritakan melalui watak Yusuf yang kembali ke Tanah Surgo demi bertemu ibunya, Mak Ina.

Namun, kedatangannya menjadi titik tolak apabila dia mula menyaksikan pelbagai kejanggalan dan bertekad untuk menyelamatkan ibunya daripada terus terperangkap.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment