Jangan lupa saksikan drama terbaru terbitan Astro berjudul Kerana Seorang Lelaki. Mula ditayangkan pada 11 Ogos 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Prima (105).
Drama yang bakal menggantikan Di Sebalik Reda ini merupakan tulisan Rehal Nuharis. Diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan daripada produksi Darkwave Pictures Sdn. Bhd.
Episod : 40
Tayangan : Slot Tiara di Astro Prima
Tarikh : Mulai 11 Ogos 2025 (Isnin – Jumaat)
Masa : 6.00 PM
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Darkwave Pictures Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk Lagu : Berharap
Penyanyi : Fanzi Ruji
Komposer : Reza Ramsey
Lirik : Nurul Najwa
Barisan Pelakon
Berikut merupakan antara barisan pelakon yang membintangi drama ini seperti Harissa Adlynn, Daniel Fong, Dr Soo Wincci, Marissa Yasmin dan Nabil Aqil. Mereka turut dibantu oleh Kahoe Hon, Aiman Ameer, Arena Wan, Steve Yap dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Harissa Adlynn sebagai Kasih
- Daniel Fong sebagai Daniel Wong
- Dr Soo Wincci sebagai Clarissa Wong
- Marissa Yasmin sebagai Puan Linda
- Steve Yap sebagai Richard Wong

Sinopsis Drama Kerana Seorang Lelaki
Drama Kerana Seorang Lelaki bermula dengan kisah kematian mengejut Richard Wong iaitu seorang tokoh korporat yang menyembunyikan dua kehidupan berbeza satu bersama Madame Clarissa, dan satu lagi selepas memeluk Islam bersama Puan Linda.
Kejutan ini menjadi pencetus kepada pertembungan dua dunia yang mencabar batas kepercayaan, darah daging dan siapa sebenarnya yang layak menerima warisan empayar korporatnya.












1 thought on “Drama Kerana Seorang Lelaki Di Astro Prima”