Saksikan drama Jika Itu Salahku yang akan mula menemui penonton pada 17 Oktober 2025. Bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 dan online Tonton.
Drama adaptasi novel nukilan Liza Nur yang juga penulis skrip ini yang bakal menggantikan Boleh Saya Bantu? 2 ini merupakan arahan Riza Baharuddin. Diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd.
Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3
Tarikh : Mulai 17 Oktober 2025 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 PM
Penulis Lirik : Liza Nur
Pengarah : Riza Baharuddin
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk : Mengejar Bintang
Penyanyi : Kai Deva
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Sharon Paul & Shah Shamsiri
Barisan Pelakon & Watak
Drama Jika Itu Salahku menampilkan gandingan Sophia Albarakbah bersama Alvin Chong sebagai watak utama. Mereka dibantu oleh pelakon seperti Saidah Kamarudin, Shamsul Ghau Ghau, Fadilah Mansor dan Steve Yap.
Bukan itu sahaja, terdapat penampilan daripada Dato’ Ziela Jalil, Iman Suhana, Adam Malek, Harminder Singh, Nuryta Johari, Ash Dee, Mazniza Manan dan pelakon kanak-kanak Asheeqa Maleeyka bersama Norzaleha Iman.
- Sophia Albarakbah sebagai Asyiqeen
- Alvin Chong sebagai Ashraff Ivan Tang
- Saidah Kamarudin sebagai Pia
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Daud
- Fadilah Mansor sebagai Mak Tok
- Steve Yap sebagai Alex Tang
- Dato’ Ziela Jalil sebagai Melissa
- Iman Suhana sebagai Zara
- Adam Malek sebagai Aazad

Sinopsis Drama Jika Itu Salahku
Drama Jika Itu Salahku mengisahkan tentang Asyiqeen iaitu seorang gadis yang membesar tanpa bimbingan agama dan terpaksa mengenal erti hidup dalam serba kekurangan serta penderitaan.
Sejak kecil, dia memikul tanggungjawab menjaga adiknya, Balqis, yang menghidap sindrom Down, sambil menahan penderaan fizikal dan emosi daripada neneknya, Mak Tok.
Namun, satu tragedi besar mengubah arah hidupnya dan membuka matanya terhadap makna sebenar kehidupan.
Pertemuan Asyiqeen dengan Ashraff Ivan Tang, seorang lelaki kacukan yang juga hidup tanpa panduan jelas, menjadi titik mula perjalanan baharunya. Dari pertemuan itu tumbuh rasa halus yang perlahan-lahan bertukar menjadi cinta.
Namun, kasih yang hadir bukan sekadar ujian perasaan, tetapi turut menggoncang prinsip, pegangan dan keimanan mereka.
Persoalannya, mampukah dua jiwa berbeza ini bersatu atas dasar keikhlasan, atau akhirnya terpisah kerana batas agama yang memisahkan mereka?












