Drama Impiana: Karma Di Astro Ria (Drama Vaganza)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Drama Impiana Karma

Saksikan drama Impiana: Karma yang akan mula menemui penonton pada 19 November 2025. Bersiaran setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam menerusi slot DramaVaganza di Astro Ria dan secara online di Sooka.

Drama adaptasi novel ‘Impiana‘ karya Ain Maisarah ini merupakan arahan Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd.

Episod : 22
Bersiaran : Slot DramaVaganza Astro Ria
Tarikh : Mulai 19 November 2025 (Rabu & Khamis)
Masa : 9.00 PM
Skrip : Marrvelous Studio, Marr Mohamad, Nurul Hazrina, Irwan Mansor
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Drama Impiana Karma

OST Drama

Tajuk Lagu : Balas Balik
Penyanyi : Nabila Razali
Komposer : Audi Mok & Shazee Ishak
Lirik : Audi Mok & Shazee Ishak

Barisan Pelakon & Watak

Drama ini menampilkan barisan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Che Puan Juliana Evans, Ezzanie Jasny, Yuna Rahim dan Adriana Adnan.

Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Lorenzo Irmann, Nas-T, Haneesya Hanee, Dottie, Sharul Kamal, Aniq Suhair, Syazwan Razak dan ramai lagi.

  • Tiz Zaqyah sebagai Linda
  • Che Puan Juliana Evans sebagai Fasha
  • Ezzanie Jasny sebagai Mimi Monira
  • Yuna Rahim sebagai Sasha
  • Adriana Adnan sebagai Diana
  • Haneesya Hanee sebagai Nana
  • Nas-T sebagai Amir
Drama Impiana Karma

Sinopsis Drama Impiana: Karma

Drama Impiana: Karma mengisahkan tentang sekumpulan sahabat lama yang kembali bertemu selepas lama membawa haluan masing-masing, lalu tanpa disangka terlibat dalam sisi gelap keinginan dan cita-cita mereka sendiri.

Pertemuan semula itu membuka jalan kepada urusan dengan sebuah syarikat misteri yang menawarkan peluang luar biasa untuk menjadikan impian mereka nyata, namun setiap janji datang bersama tuntutan tersirat yang tidak mereka jangka.

Apabila satu demi satu keinginan mula tercapai, mereka perlahan-lahan menyedari bahawa setiap impian menuntut pengorbanan, sehingga memadamkan garis antara kejayaan yang diidamkan dan akibat yang menunggu di sebaliknya.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment