Drama Hospital Loveline Di TV3 (Akasia)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Drama Hospital Loveline

Jangan lupa untuk saksikan drama Hospital Loveline yang akan menemui penonton bermula 4 September 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3. Boleh juga strim secara online di Tonton.

Drama 13 episod yang menggantikan Setia Itu Mahal ini hasil tulisan bersama Sharina Nbj, Mia Marziah, Eja dan Amin Shakib. Diarahkan oleh Ng Ken Kin dengen penerbitan Orangetree Production Sdn. Bhd.

Episod : 13
Tayangan : Slot Akasia di TV3
Tarikh : Bermula 4 September 2025 (Isnin – Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Sharina Nbj, Mia Marziah, Eja Lorena, Amin Shakib
Pengarah : Ng Ken Kin
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

Drama Hospital Loveline

OST Drama

Lagu : Asing
Artis : Najmi Niery
Penulis Lirik : Najmi Niery, Aizad Khan, Haziq KA

Barisan Pelakon

Drama Hospital Loveline menampilkan gandingan Syarul Ezani dan Scha Elinnea sebagai watak utama. Mereka dibantu oleh Kismah Johar, Hanna Aqeela, Sean Lee, Jaja Illiyes, Zarynn Min, Apich Lo, Dato’ Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syarul Ezani sebagai Dr. Arfan Qori
  • Scha Elinnea sebagai Sophia Iskandar
  • Kismah Johar sebagai Opah
  • Hanna Aqeela sebagai Dr. Nabila
  • Sean Lee sebagai Dr. Eric Choo
  • Jaja Illiyes sebagai Mawar
  • Zarynn Min sebagai Maksu Seha
  • Apich Lo sebagai Razi
  • Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Tan Sri Dr. Farhad
Drama Hospital Loveline

Sinopsis Drama Hospital Loveline

Drama Hospital Loveline mengisahkan perjalanan Sophia iaitu seorang ahli fisioterapi yang ceria dan penuh kasih sayang, serta Dr. Arfan, seorang doktor muda yang disiplin dan berkarisma.

Pertemuan mereka bermula dengan insiden cemas yang akhirnya menumbuhkan benih cinta di sebalik dinding hospital.

Sophia yang membesar bersama neneknya, Opah Tijah, lebih mengutamakan keluarga berbanding cinta. Namun, segalanya berubah apabila Dr. Arfan bukan sahaja menjadi doktor peribadi Opah, tetapi juga lelaki yang berjaya mencuri hatinya.

Dengan campur tangan Opah, misi menyatukan dua hati ini penuh dengan adegan manis, lucu dan menyentuh perasaan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Drama Hospital Loveline Di TV3 (Akasia)”

Comments are closed.