Drama Dosa Cinta Di iQIYI

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Dosa Cinta iQIYI

Saksikan drama Dosa Cinta yang akan mula menemui penonton pada 11 Julai 2025, bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam secara eksklusif di aplikasi iQIYI.

Drama 12 episod ini merupakan nukilan skrip daripada Nurul Hazrina bersama Irwan Mansor, diarahkan oleh Rahila Ali dengan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Episod : 12
Tayangan : iQIYI Original
Tarikh : Mulai 11 Julai 2025 (Jumaa – Sabtu)
Masa : 9.00 PM
Penulis Skrip : Irwan Mansor & Nurul Hazrina Mazlan
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Dosa Cinta iQIYI

Lagu Tema Drama

Tajuk Lagu : Kusedari
Penyanyi : Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Penulis Lirik : Habsah Hassan

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang membintangi drama ini seperti Rita Nadira, Tiz Zaqyah, Ezzaty Abdullah, Ikmal Amry, Azlee Khairi, Aidit Noh, Ryzal Jaafar, Mimi Ernida, Asha Merica, Norazah Aziz, Farahdhiya dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Rita Nadira sebagai Adylea
  • Tiz Zaqyah sebagai Mediha
  • Ikmal Amry sebagai Erhad
  • Azlee Khairi sebagai Tengku Muzaffar
  • Aidit Noh sebagai Faheem
  • Ezzaty Abdullah sebagai Kay

Sinopsis Drama Dosa Cinta

Drama bersiri iQIYI Original, Dosa Cinta mengisahkan Adylea iaitu seorang gadis kolej di dalam misi membongkar rahsia gelap yang menyebabkan kakaknya, Kay membunuh diri enam tahun lalu.

Adylea kemudiannya bertemu dengan pemilik resort di Langkawi, Mediha yang merupakan isteri kepada Erhad, seorang lelaki sempurna di matanya. Melalui pertemuan ini, dapatkah Adylea membalas dendam kesumat demi membela kematian kakaknya?

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment