Saksikan drama terbaru Di Sebalik Reda yang akan menemui penonton mulai 30 Jun 2025, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Prima dan secara online di Sooka.
Drama 30 episod bukan adaptasi ini menampilkan Wan Mahani Wan Hassan sebagai penulis skrip dan diarahkan oleh Fairuz Loy. Ianya diterbitkan oleh syarikat produksi SR One Sdn. Bhd.
Episod : 30
Tayangan : Slot Tiara di Astro Prima
Tarikh : Mulai 30 Jun 2025 (Isnin – Jumaat)
Masa : 6.00 PM
Pengarah : Fairuz Loy
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

Lagu Tema (OST)
Tajuk : Dengan Lafaznya
Penyanyi : Sufian Suhaimi & Sarah Suhairi
Komposer : Aiman Sidek
Penulis Lirik : Aiman Sidek
Pelakon
Berikut merupakan senarai pelakon dalam drama ini seperti Adam Lee, Siti Khadijah Halim, Shazia Rozaini, Rashdan Baba, Sheila Mambo, Dalimawati, Sahronizam Noor, Aleza Shadan, Razman Mahayuddin, Natasya Mahya, Nazeera Sardi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Adam Lee sebagai Taufiq
- Siti Khadijah Halim sebagai Darlina
- Shazia Rozaini sebagai Damia
- Rashdan Baba sebagai Rahim
- Sheila Mambo sebagai Zahra
- Dalimawati sebagai Zainab
- Sahronizam Noor sebagai Zaidi
- Aleza Shadan sebagai Nabila
- Amanda Tan sebagai Jasmin

Sinopsis Drama Di Sebalik Reda
Drama Di Sebalik Redah bermula dengan kisah Damia yang mengalami kecacatan fizikal dan bergantung kepada kerusi roda, membuatkan keluarganya terutama adiknya, Darlina, sering memanjakannya. Ini menjadikan Damia seorang yang sukar bertolak ansur.
Konflik bermula apabila Darlina jatuh cinta dengan Taufiq, namun Damia turut menyimpan perasaan yang sama, mencetuskan perebutan cinta.
Ketegangan bertambah dengan kemunculan ibu kandung Rahim dan konflik harta antara Rahim, adiknya Zaidi dan Nabila.
Kemalangan tragis yang menimpa Rahim menyatukan keluarganya semula, tetapi turut membongkar niat sebenar yang tersembunyi di sebalik segala manipulasi.











