Drama Boleh Saya Bantu 2 Di TV3 (Slot Lestary)

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
Boleh Saya Bantu 2

Selepas kejayaan musim pertama, dibawakan kembali drama Boleh Saya Bantu 2 yang akan mula bersiaran pada 8 Ogos 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau secara online di Tonton.

Drama 20 episod ini merupakan tulisan bersama MF Kencana dan Azal Ezreen. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan daripada syarikat Tanah Beri Film Production Sdn. Bhd.

Episod : 20
Tayangan : Slot Lestary TV3
Tarikh : 8 Ogos 2025 (Jumaat – Sabtu)
Masa : 9.00 PM
Penulis Skrip : MF Kencana dan Azal Ezreen
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

Boleh Saya Bantu 2

OST Drama

Tajuk Lagu : Eh Mari Tengok Tu
Penyanyi : Andi Bernadee
Komposer : Iqie Hugh, Aniq Iffat
Lirik : Iqie Hugh, Aniq Iffat

Barisan Pelakon

Antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Andi Bernadee, Riena Diana, Mark Dam, Wanie Oii, Ropie, Joey Daud dan Nasz Sally. Mereka dibantu oleh Ferth Jasni, Alif Hadi, Zaid Erakad, Ameerul Aysraf, Josiah Hogan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Andi Bernadee sebagai Nasar
  • Riena Diana sebagai Farida
  • Mark Dam sebagai Dato’ Sudin
  • Ropie sebagai Chef Papa
  • Wanie Oii sebagai Haiza
  • Joey Dau sebagai Ali
  • Nasz Sally sebagai Almya

Sinopsis Drama Boleh Saya Bantu 2

Drama Boleh Saya Bantu 2 mengisahkan tentang kehidupan Nasar yang penuh liku selepas melalui penceraian mengejut dengan Jannah.

Kini ditugaskan untuk menguruskan Love Wave Hotel, sebuah hotel milik Tuan Joe yang hampir bankrap, bersama Datuk Sudin, hidupnya menjadi semakin rumit apabila terjerat dalam cinta tiga segi antara Farida dan Haiza.

Nasar yang pada awalnya cuba merahsiakan situasi sebenar akhirnya akur apabila statusnya terbongkar, namun bertegas untuk menjauhkan diri daripada sebarang komitmen kerana masih dihantui trauma perkahwinan yang gagal.

Keadaan menjadi semakin bercelaru apabila dia dipujuk untuk kembali bersama Jannah, sesuatu yang enggan diterimanya.

Di sebalik kekalutan emosi, misi menyelamatkan operasi Love Wave Hotel turut dilanda berbagai-bagai dugaan tersendiri.

Rentetan insiden luar jangka mula berlaku, daripada kehadiran tetamu mencurigakan, panggilan misteri, kemunculan bomoh moden, hinggalah penemuan satu wasiat yang bakal menentukan jodoh sebenar Farida.

Mampukah Nasar memberi sepenuh perhatian dalam menguruskan hotel saat emosinya sendiri masih terganggu? Dan apakah sebenarnya rahsia yang tersimpan di sebalik wasiat yang tiba-tiba muncul itu?

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Drama Boleh Saya Bantu 2 Di TV3 (Slot Lestary)”

Comments are closed.