Drama Bintang Di Langit Syawal Di TV3

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Bintang Di Langit Syawal

Saksikan drama terbaru Bintang Di Langit Syawal yang akan mula menemui penonton pada 23 Oktober 2025. Tayangan disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Bukan itu sahaja, penonton juga boleh tonton atau strim drama ini 24 jam sebelum tayangan di tv iaitu menerusi platform Tonton di watch.tonton.com.my/ atau aplikasi mobile.

Drama 15 episod yang menggantikan Seindah Hujan Cinta ini skripnya ditulis oleh Puovin bersama Tommy Loh dan diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri. Penerbitan daripada Sha’s Media Sdn Bhd.

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 23 Oktober 2025 (Isnin – Khamis)
Penulis Skrip : Puovin & Tommy Loh
Pengarah : Bahri Uma Bajuri
Produksi : Sha’s Media Sdn. Bhd.

Bintang Di Langit Syawal

OST Drama

Tajuk Lagu : Masih Ada Kau Lagi
Penyanyi : Shazriq Azeman
Komposer : Shazriq Azeman & Omak K
Penulis Lirik : Shazriq Azeman & Omar K

Senarai Pelakon

Bintang Di Langit Syawal menampilkan menampilkan gandingan Adam Lee bersama Scha Elinnea untuk watak utama disamping Azhar Sulaiman.

Mereka dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Shalma Eliana, Syahmie Thsaqeef, Fezrul Khan, Idan Aedan, Razzuan Rosli, Aliff Ali, Zaidi Omar, Jasmin Hamid, Arash Mohd, Wanie Ooi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Adam Lee sebagai Syawal
  • Scha Elinnea sebagai Jess
  • Azhar Sulaiman sebagai Latif
  • Shalma Eliana sebagai Anis
  • Syahmie Thsaqeef sebagai Andy
  • Fezrul Khan sebagai Hassan
  • Idan Aedan sebagai Erwan
  • Razzuan Rosli sebagai Zaidi
  • Aliff Ali sebagai Aiman
  • Zaidi Omar sebagai Ustaz Fadhil
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Elyana
  • Arash Mohd sebagai Datuk Mahfuz
  • Wanie Ooi sebagai Alia
Bintang Di Langit Syawal

Sinopsis Drama Bintang Di Langit Syawal

Drama Bintang Di Langit Syawal mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Syawal, yang sering dibayangi rasa kosong dan rindu kasih seorang bapa.

Suatu hari, kemunculan lelaki misteri bernama Latif di rumah kebajikan Syawal membesar, mengubah segalanya apabila individu itu meninggalkan sejumlah wang yang membangkitkan tanda tanya.

Lawatan yang sepatutnya dirahsiakan terbongkar kepada Syawal, lalu ia mencetuskan pencarian yang bakal mengubah hidupnya.

Didorong oleh rasa ingin tahu dan keyakinan bahawa lelaki itu ialah bapa kandungnya, Syawal nekad melarikan diri dari rumah terbabit.

Dalam perjalanan, takdir mempertemukannya dengan Jess iaitu seorang gadis yang menjadi penguat semangat dalam kisahnya yang penuh dengan luka dan rahsia.

Jejak yang disangka akan menyatukan kembali dengan bapanya akhirnya membawa Syawal ke tempat gelap yang menggugat keyakinannya tentang makna keluarga, meninggalkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment