Drama terbaru berjudul Bahagia Yang Tertangguh akan menemui penonton mulai 17 November 2025. Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama Astro Ria dan secara striming di Sooka.
Drama 28 episod yang menggantikan Mutiara Dalam Debuan Kabus ini merupakan arahan Osman Ali. Penulisan skrip daripada Oka Aurora dan diterbitkan oleh produksi iFabulous Art Media & Event.
Episod : 28
Bersiaran : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh : 27 November 2025 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Oka Aurora
Pengarah : Osman Ali
Produksi : iFAME

OST Drama
Tajuk Lagu : Bahagia Yang Tertangguh
Penyanyi : Sharul Kamal & Zuana Zulmat
Komposer : Azmi Saat
Lirik : Azmat Saat
Barisan Pelakon & Watak
Drama ini menampilkan gandinga empat watak utama iaitu Nad Zainal, Izzue Islam, Kamal Adli dan Rozita Che Wan.
Mereka dibantu oleh Datin Seri Nina Juren, Rosnah Johari, Riz Amin, Norreen Iman, Mimi Ernida, Iqbal Riezky, Adrean Mateen dan ramai lagi.
- Nad Zainal sebagai Nurin Hana
- Izzue Islam sebagai Zakwan
- Kamal Adli sebagai Armin
- Rozita Che Wan sebagai Juriah
- Riz Amin sebagai Saleh
- Rosnah Johari sebagai Rahimah
- Adrean Mateen sebagai Raiqal

Sinopsis Drama Bahagia Yang Tertangguh
Drama Bahagia Yang Tertangguh mengisahkan tentang seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan toksik, dikawal oleh kakak iparnya dan terpaksa menjadi isteri “provider” yang menanggung seluruh keluarga suami.
Namun, segalanya berubah apabila seorang jiran lelaki hadir membawa sinar baharu dalam hidupnya, memberi makna sebenar cinta dan kekuatan untuk memperjuangkan kebahagiaan yang tertangguh.











