Drama Anak-Anak Mafia Di TV3

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Anak-Anak Mafia

Saksikan drama Anak-Anak Mafia yang akan menemui penonton mulai 29 November 2025. Bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3.

Drama siri original ini 13 episod ini pada awalnya ditayangkan menerusi platform Tonton Pada Jun yang lalu. Kini peminat drama khususnya boleh menonton di kaca tv secara percuma.

Bakal menggantikan Jika Itu Salahku, Anak-Anak Mafia merupakan karya hasil arahan Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd.

Episod : 10
Tayangan : Slot Lestary TV3
Tarikh : Mulai 29 November 2025 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 PM
Penulis Skrip : Marr Mohamad, Irwan Mansor, Hazrina Mazlan
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Anak-Anak Mafia

OST Dama

Tajuk Lagu : Arus & Arah
Penyanyi : Firdaus Rahmat
Komposer : Joh Jeeves, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh
Lirik : Joh Jeeves, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Mierul Aiman, Fitri Farok, Scha Elinnea, Zhen Ning dan Fariz Isqandar.

Mereka dibantu oleh Yaakob Abdul Aziz, Fadhli Masoot, Abby Abadi, Zarul Husin, Rayyan Mikail, Zairi Aziz, Maymay Fung, Bazly Hanif dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Mierul Aiman sebagai Andra
  • Fitri Farok sebagai Ice Wijaya
  • Scha Elinnea sebagai Katrina Rafael
  • Fariz Isqandar sebagai Black
  • Zhen Ningg sebagai Rudy
  • Fadhli Masoot sebagai Jefri
  • Abby Abadi sebagai Inspektor Azura
  • Yaakob Abd Aziz sebagai Arie Wijaya
  • Zairi Aziz sebagai Ghazi
  • Zarul Husin sebagai Rasheed
  • Rayyan Mikail sebagai Hassan
Drama Anak-Anak Mafia

Sinopsis Drama Anak-Anak Mafia

Drama Anak-Anak Mafia mengisahkan tentang Andra iaitu seorang anak muda dari Thailand yang bertekad membongkar kebenaran di sebalik pembunuhan kedua-dua ibu bapanya 24 tahun lalu.

Demi mencari dalang sebenar kejadian tragis itu, Andra menyamar dan menyusup masuk ke dalam kumpulan gangster terkenal, Serigala Merah, yang kini dipimpin oleh Ice, anak kepada Arie Wijaya. Beliau merupakan individu yang dipercayai bertanggungjawab atas tragedi tersebut.

Dalam usahanya menuntut keadilan, Andra tidak menyangka dirinya bakal terlibat dalam hubungan yang semakin kusut bersama Katrina, kekasih Ice yang diam-diam menyimpan perasaan terhadapnya.

Terperangkap antara cinta terlarang, pengkhianatan dan dendam yang membara, Andra mula menyedari bahawa perjalanan memburu kebenaran ini jauh lebih berbahaya dan memeritkan daripada apa yang dijangkakannya.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now