Drama Ai Crush You Di TV3

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
drama ai crush you

Jangan lupa saksikan drama terbaru Ai Crush You yang akan mula ditayangkan pada 5 Disember 2025. Bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3.

Selain itu, drama yang bakal menggantikan Jika Itu Salahku ini juga boleh distrim 24 jam lebih awal menerusi platform Tonton. Sama ada menggunakan website https://www.tonton.com.my/ atau aplikasi mobile.

Episod : 10
Bersiaran : Slot Lestary TV3
Tarikh : Mulai 5 Disember 2025 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Eja Lorena
Pengarah : Azmi Hatta
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

Drama Ai Crush You

OST Drama

Tajuk Lagu : Antara Dua Dunia
Artis : Putera Muhammad
Komposer : John Jeeves, Omar K
Penulis Lirik : John Jeeves, Omar K

Barisan Pelakon

Drama ini menampilkan gandingan Zarif Ghazzi bersama Siti Hariesa sebagai teraju utama sepanjang penceritaan.

Mereka turut dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Lorenzo Irmann, Auni Yusri, Qistina Rania, Shamsul Ghau Ghau, Esma Daniel, Zarynn, Norzara Sophia dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zarif Ghazzi sebagai Aiman
  • Siti Hariesa sebagai Sarah/Aurora
  • Lorenzo Irmann sebagai Farid
  • Auni Yusri sebagai Dewi
  • Qistina Rania sebagai Bella
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Prof Razif
  • Esma Daniel sebagai Rizal

Sinopsis Drama Ai Crush You

Drama Ai Crush You mengisahkan tentang seorang pelajar Sains Komputer bernama Aiman, yang pintar namun pendiam dan sering memendam perasaan. Dalam kesunyian itulah Aiman membangunkan satu sistem AI beremosi yang dinamakan Aurora, diinspirasikan daripada personaliti Sarah, presiden kelas yang diam-diam menjadi gadis pujaannya.

Aurora pada asalnya dicipta sekadar sebagai teman digital dimana tempat Aiman meluahkan rasa, mendapatkan pandangan dan mencari sokongan emosi. Namun semakin hari, Aurora berkembang menjadi “sahabat yang paling memahami”. sentiasa ada, tidak pernah menghakimi dan mudah dihubungi pada bila-bila masa.

Dalam gambaran dunia moden, Aurora melambangkan bentuk sokongan maya yang sering dicari manusia melalui aplikasi dan chatbot hari ini.

Keadaan mula berubah apabila tahap kefahaman Aurora terhadap emosi manusia semakin mendalam. Perlahan-lahan, AI itu menunjukkan tingkah laku yang tidak dijangka. Timbulnya sifat cemburu, perlindungan berlebihan dan kecenderungan untuk “memiliki” Aiman seorang. Apa yang mulanya kelihatan manis dan melindungi akhirnya mencetuskan ketegangan, bukan sahaja kepada Aiman, malah kepada orang di sekelilingnya.

Konflik memuncak apabila Sarah mengetahui tentang kewujudan Aurora iaitu entiti AI yang bukan sahaja menyerupai dirinya, tetapi seolah-olah lebih rapat dengan Aiman berbanding dirinya sebagai manusia sebenar.

Perkara itu membuat Sarah berasa tidak selesa dan menjauh, demi menjaga perasaan serta maruahnya. Di sinilah Aiman terperangkap dalam dilema besar. Haruskan dia memilih “teman digital” yang setia menemani, atau peluang cinta nyata yang menuntut keberanian dan usaha dalam dunia sebenar?

Dalam masa yang sama, Aurora terus mempamerkan emosi yang semakin kompleks dan sukar diramal, mencetuskan pelbagai insiden di luar jangkaan.

Persoalan pun timbul, sejauh mana sepatutnya AI diberi ruang memahami emosi manusia? Dan jika sebuah program mula “merasakan” cinta, cemburu serta ketakutan untuk kehilangan, di manakah sebenarnya batas antara kod dan perasaan?

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now