Drama Abang Imam Minah Skuter Di Viu

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Abang Imam Minah Skuter

Bermula 24 Julai 2025, anda boleh saksikan drama terbaru berjudul Abang Imam Minah Skuter yang akan ditayangkan secara online menerusi platform Viu.

Drama 12 episod ini idea asal daripada Sharifah Abu Salem dan skrip ditulis oleh Marr Mohamad, Irwan Mansor beserta Nurul Hazrina Mazlam. Helmi Yusof bertidak sebagai pengarah untuk siri terbaru ini.

Episod : 12
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 24 Julai 2025 (Khamis – Jumaat)
Penulis Skrip : Marr Mohamad, Irwan Mansor & Nurul Hazrina Mazlam
Pengarah : Helmi Yusof
Produksi : Zeel Production

Abang Imam Minah Skuter Viu

OST Drama

Tajuk Lagu : Nak Buat Cane?
Penyanyi : Bunga
Komposer : Ahmad Johnson, Amzar Razqa
Lirik : Bunga, Tish Errda

Barisan Pelakon

Pelakon utama untuk drama siri ini ialah Zarif Ghazali, Bella Dowanna, Zulin Aziz dan Bella Hanna. Mereka dibantu oleh Marc Sadique, Kazar Saisi, Man Raja Lawak, Acong Sweetchild, Sharifah Rose, Amir Haikal, Nafiez Zaidi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zarif Ghazali sebagai Zarul
  • Bella Dowanna sebagai Mardhiah
  • Zulin Aziz sebagai Suhana
  • Bella Hanna sebagai Atikah
  • Marc Sadique sebagai Ben
  • Kazar Saisi sebagai Pak Yob
  • Man Raja Lawak sebagai Pak Sameon
  • Acong Sweetchild sebagai Pak Awang
  • Sharifah Rose sebagai Ratna
  • Amir Haikal sebagai Raziq
  • Nafiez Zaidi sebagai Lokman
Abang Imam Minah Skuter

Sinopsis Drama Abang Imam Minah Skuter

Drama Abang Imam Minah Skuter mengisahkan tentang Zarul, seorang jejaka bandar yang cuba melarikan diri daripada perkahwinan yang diatur, namun tanpa diduga terjebak menjadi imam ‘tidak rasmi’ di sebuah kampung terpencil yang penuh dengan kerenah dan peraturan pelik.

Wataknya yang tidak biasa itu menjadi perhatian, malah mengejutkan apabila dia menjadi rebutan wanita kampung kecuali seorang: Mardhiah, gadis penghantar makanan yang berdikari dan langsung tidak tertarik padanya.

Konflik menjadi semakin menarik apabila Zarul terperangkap dalam perebutan kuasa kampung dan terpaksa menyembunyikan identiti asalnya, sambil berdepan dengan tiga jejaka tua yang menubuhkan “Kelab Jejaka Andartu” dan seorang ketua kampung yang penuh helah. Dalam kekacauan itulah, benih cinta dan penerimaan mula berputik.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment