Program Dewi Remaja 2025 kembali dengan wajah baharu yang penuh pesona dan semangat. Siri ikonik ini menjadi pentas impian ramai gadis muda yang ingin menonjolkan kecantikan, bakat dan keperibadian unggul.
Edisi kali ini menandakan ulang tahun ke-40 pencarian Dewi Remaja yang sentiasa menjadi perhatian peminat hiburan tempatan. Pertandingan ini bukan sekadar menilai rupa paras, tetapi juga kecerdasan, keyakinan dan daya kepimpinan peserta.
BACA JUGA : Nylea Dinobatkan Sebagai Juara Dewi Remaja 2025 Untuk Edisi Ke-40
Sebanyak 12 finalis dipilih untuk bersaing merebut gelaran Dewi Remaja 2025. Antara peserta termasuk Teya, Marisa, Fitrri, Suhaila, Camelia, Nylea, Dheper, Ariana, Nelysa Kay, Elisa Chew, Elyssa Ramlee dan Sharmaine.
Mereka datang daripada latar berbeza namun berkongsi impian yang sama. Setiap minggu, peserta akan diuji dalam pelbagai cabaran yang menilai keperibadian dan bakat sebenar mereka. Aura persaingan yang sihat menjadikan rancangan ini lebih menarik untuk diikuti.
Dewi Remaja 2025 menampilkan dua juri tetap yang disegani, iaitu Kamal Adli dan Nabila Huda. Kedua-dua figura ini membawa pengalaman luas dalam dunia seni dan lakonan.
Setiap episod juga menampilkan juri jemputan daripada barisan alumni Dewi Remaja terdahulu. Pandangan mereka memberi nilai tambah terhadap penilaian dan perjalanan peserta sepanjang musim ini.
Dalam masa yang sama, penonton juga boleh mengundi secara online (DISINI) bagi mencari pemenang untuk Dewi Favourite. Pemenang akan diumumkan pada finale Dewi Remaja 2025.
Menariknya, Dewi Remaja 2025 dihoskan oleh Shaza Bae yang bertindak sebagai pengacara dan mentor kepada peserta. Beliau merupakan alumni Dewi Remaja dan juga juara Dewi Remaja 2019/2020.
BACA JUGA : Senarai Penuh Kesemua Juara Dewi Remaja Dari Dulu Hingga Sekarang
Program ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Ria (104). Anda juga boleh strim menerusi Astro Go dan platform digital di Sooka iaitu di laman web dan aplikasi mobile.
Dengan konsep baharu dan tenaga muda yang segar, Dewi Remaja 2025 dijangka menjadi musim paling mencuri tumpuan tahun ini.
Senarai Biodata Dan Peserta Dewi Remaja 2025
Berikut merupakan barisan 12 peserta Dewi Remaja 2025 yang akan merebut gelaran juara bagi edisi kali ini :
1) Teya

- Nama : Nur Fatihah Binti Huslah
- Asal : Segambut, Kuala Lumpur
- Umur : 25 Tahun
- Tarikh Lahir : 26 November 2000
- Pendidikan : Sijil Tamat Kursus Kru Kabin, Graduan Diploma Komunikasi & Media dan Graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Sosial)
- Hobi : Mengunjungi kafe & ‘thrifting’
- Idola : Eve lily & Sara Camposarcone
2) Marisa

- Nama : Nor Ara Marisa Bt Baharudin
- Asal : Selangor
- Umur : 20 Tahun
- Tarikh Lahir : 5 Januari 2005
- Pendidikan : Graduan Diploma Perniagaan
- Hobi : Bermain golf, mencipta kandungan digital & membuat kek
- Idola : Anne Hathaway
Merupakan satu-satunya peserta Dewi Remaja musim ini yang berhijab atau bertudung.
3) Fittri

- Nama : Fittri Muzdalifah Binti Ibrahim
- Asal : Ipoh, Perak (Menetap di Selangor)
- Umur : 24 Tahun
- Tarikh Lahir : 13 Januari 2001
- Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (UNITAR)
- Hobi : Menunggang kuda
- Idola : Maya Karin
4) Suhaila

- Nama : Nur Suhaila Binti Ramlan
- Asal : Kuala Lumpur (Menetap di Negeri Sembilan)
- Umur : 24 Tahun
- Tarikh Lahir : 16 Januari 2001
- Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Teater (Lakonan) ASWARA
- Hobi : Berniaga & bersama keluarga Meniaga
- Idola : Margot Robbie
5) Camelia

- Nama : Natasya Hana Camelia
- Asal : Ampang, Selangor
- Umur : 24 Tahun
- Tarikh Lahir : 5 september 2001
- Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Hobi : Berlakon
- Idola : Siti Nurhaliza
Sepanjang enam tahun bergiat dalam dunia lakonan, Camelia telah terlibat dalam dua filem, enam telefilem serta lima buah drama.
6) Nylea

- Nama : Nylea binti Adzlan
- Asal : Kuala Lumpur
- Umur : 23 Tahun
- Tarikh Lahir : 04 Februari 2002
- Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
- Hobi : Menari dan seni kraf D.I.Y
- Idola : Zendaya
7) Dheper

- Nama : Dheper Reshaa Teh
- Asal : Pulau Pinang
- Umur : 23 Tahun
- Tarikh Lahir : 04 Mac 2002
- Pendidikan : Graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi
- Hobi : Melancong
- Idola : Ibu dan Ayah
8) Ariana

- Nama : Nurul Aina Adriana Musaidi
- Asal : Kangar, Perlis
- Umur : 23 Tahun
- Tarikh Lahir : 16 September 2002
- Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) UiTM Shah Alam
- Hobi : Menyanyi dan bersukan
- Idola : Lyodra & Glenn Fredly
Menariknya tentang Ariana, beliau pernah menjadi pemain sepak takraw mewakili Perlis dan kini mula melibatkan diri dalam sukan flat football yang seakan ragbi.
9) Nelysa Kay

- Nama : Nelysa Khadija binti Mohamed Nazrin
- Asal : Kuala Lumpur
- Umur : 22 Tahun
- Tarikh Lahir : 30 Disember 2003
- Pendidikan : Graduan Ijazah Sarjana Muda Perfileman
- Hobi : Menyanyi, menari, berkhemah bersama keluarga, bermain Pokémon & menyiapkan seni kopi bersama ayah
- Idola : Ariana Grande
Nylisa telah terlibat dengan program di hadapan kamera bermula sejak umur 9 tahun apabila beliau terlibat sebagai penari latar Ayda Jebat menerusi lagu Siapa Diriku.
10) Elisa Chew

- Nama : Nur Ezlin Elisa Binti Kamal Chew
- Asal : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- Umur : 21 Tahun
- Tarikh Lahir : 21 Januari 2004
- Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Hobi : Menikmati kopi, bersenam & membaca
- Idola : Mira Filzah & Hanis Zalikha
Fakta menarik tentang Elisa Chew dimana beliau merupakan sebahagian daripada peserta program Ceria All Stars di Astro Ceria.
11) Ellysa Ramlee

- Nama : Ellysa Binti Ramlee
- Asal : Shah Alam, Selangor
- Umur : 19 Tahun
- Tarikh Lahir : 17 Julai 2006
- Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Hobi : Bersukan dan mengacara
- Idola : Mendiang Puteri Diana
Ellysa Ramlee merupakan peserta yang termuda bagi Dewi Remaja musim ini iaitu 19 tahun.
12) Sharmaine

- Nama : Shamaine Illena Rudy Alexander
- Asal : Tuaran, Sabah
- Umur : 25 Tahun
- Tarikh Lahir : 1 Januari 2000
- Pendidikan : Graduan Ijazah Sarjana Perundangan
- Hobi : Bersukan, Vlogging, Membaca & Belajar
- Idola : Ibu, Meghan Markle & Hailey Bieber
Sharmaine, anak kampung dari Sabah ini merupakan peserta paling berusia untuk Dewi Remaja 2025 iaitu 25 tahun.
Peserta manakah yang bakal bergelar juara Dewi Remaja 2025? Kongsilah dengan kami di ruangan komen dibawah.













2 thoughts on “Dewi Remaja 2025 : Senarai Peserta (Biodata), Barisan Juri Dan Tayangan Di Astro”
Comments are closed.