Hari Pekerja merupakan hari yang sangat bermakna bagi semua golongan pekerja di Malaysia. Setiap tahun, sambutan hari pekerja diraikan pada 1 Mei sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan besar para pekerja dalam membangunkan negara.
Untuk tahun 2025, Hari Pekerja jatuh pada hari Khamis dan ianya diiktiraf sebagai cuti umum di seluruh negara. Tema rasmi Hari Pekerja 2025 ialah “Pekerja Kesuma Bangsa”, yang menekankan peranan penting pekerja sebagai tunjang kemajuan dan keharmonian negara.
Dengan semangat ini, ramai pihak termasuk majikan, organisasi kerajaan dan persatuan buruh akan mengadakan majlis atau siaran khas bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada pekerja khususnya.
Dalam waktu ini juga lah, anda boleh sampaikan ucapan Hari Pekerja kepada semua kenalan anda termasuk juga rakan sekerja bagi menyemarakkan lagi semangat dan meriahkan suasana sambutan ini.
Koleksi Ucapan Hari Pekerja 2025
Berikut merupakan senarai dan contoh ucapan Hari Pekerja tahun 2025 yang anda boleh gunakan dan share terutamanya di laman media sosial seperti Facebook, X (Twitter), Instagram, Tiktok dan sebagainya.
- Selamat Hari Pekerja 2025! Terima kasih atas dedikasi anda. Anda adalah Kesuma Bangsa yang membina masa depan negara.
- Pekerja cemerlang, negara gemilang. Terima kasih kerana terus berjuang dan menyumbang. Selamat Hari Pekerja!
- 1 Mei 2025, kita raikan anda. Pekerja ialah nadi ekonomi dan harapan bangsa. Teruskan menyinar!
- Tema tahun ini, Pekerja Kesuma Bangsa, sangat tepat. Anda adalah inspirasi kemajuan Malaysia!
- Selamat bercuti dan Selamat Hari Pekerja! Semoga hari ini memberi ruang untuk berehat dan bangga dengan sumbangan anda.
- Terima kasih kerana terus kuat walau dunia berubah. Pekerja Malaysia, anda luar biasa!
- Setiap titik peluh anda adalah doa untuk keluarga dan negara. Selamat Hari Pekerja 2025!
- Tanpa pekerja, tiada pembangunan. Tanpa semangat, tiada perubahan. Anda pahlawan sebenar!
- Kepada semua rakan sekerja, anda adalah pasukan hebat. Terima kasih atas usaha tanpa jemu. Happy Labour Day!
- Pekerja Kesuma Bangsa bukan sekadar tema, tapi hakikat. Anda adalah nadi kehidupan!
- Mari kita raikan Hari Pekerja ini dengan rasa syukur dan semangat baharu. Anda memang terbaik!
- Untuk semua yang bekerja di balik tabir, jasa anda tetap dihargai. Selamat Hari Pekerja!
- 1 Mei bukan sekadar cuti, ia adalah penghormatan buat anda. Terima kasih atas segalanya!
- Anda kerja siang malam, tetap tenang dan tabah. Semoga Hari Pekerja ini membalas sedikit penat lelah anda.
- Kerja anda mungkin tak selalu dilihat, tapi tetap dirasai. Kami hargai sepenuhnya.
- Terima kasih kerana menyumbang tanpa mengira waktu dan keadaan. Malaysia bangga dengan anda!
- Semoga Hari Pekerja ini memberi ruang untuk merenung, berehat dan terus melangkah ke hadapan.
- Satu ucapan tulus: Terima kasih kerana menjadi penyumbang kemajuan negara yang tidak didendangkan.
- Selamat Hari Pekerja kepada semua baik anda guru, jururawat, buruh, pemandu, peniaga atau apa pun pekerjaan anda. Anda semua wira!
- Mari kita jadikan Hari Pekerja ini sebagai hari penuh inspirasi, penghargaan dan semangat baru!
English Labour Day Wishes 2025
- Happy Labour Day 2025! Your dedication and hard work are the foundation of a strong and successful nation.
- To all workers, thank you for being the true heartbeat of our country. You are indeed the Pride of the Nation.
- Wishing you a restful and rewarding Labour Day. Your effort builds dreams, not just buildings.
- Every drop of sweat you shed builds a better future. Happy Workers Day to all our everyday heroes!
- May 1st is your day. Enjoy it with pride knowing that you are making a real difference.
- The theme this year, Pekerja Kesuma Bangsa, truly reflects the value you bring to our society.
- Your work might not always be seen, but it is always felt. Thank you for being the backbone of progress.
- Today we pause and salute your passion, strength, and spirit. Happy Labour Day to all working Malaysians!
- On this special day, we honour you not just as workers, but as the strength and soul of our beloved country.
- May this Labour Day inspire renewed hope, purpose, and pride in everything you do.
Pantun Hari Pekerja
Bunga kemboja gugur ke tanah,
Mainan kera tepian telaga,
Jadi pekerja jujur amanah,
Negara sejahtera agama terjaga.
Sedapnya kuah ikan kelisa,
Tunggu gaji orang belanja,
Badan kuat seperti perkasa,
Saja nak ucap Selamat Hari Pekerja.
Nak berkebun, lupa beli baja,
Balik rumah dimarahi bini,
Hari ini Hari Pekerja,
Semua cuti, buat apa hari ini?
Hari Buruh hari cuti,
Nak bercuti duit tak mencukupi,
Duduk rumah senang hati,
Bersama kelaurga semua happy.
Sawah bertingkat padi huma,
Kawasan berbukit tidaklah mudah,
Hari Pekerja diraikan bersama,
Ubah perspektif, bekerja itu satu ibadah.
Sumber : notaria.my, aimanabdullah.com












