Berjumpa untuk dating kali pertama memang boleh buat sesiapapun rasa gementar, terutama lelaki dan wanita pemalu atau introvert yang masih baru dalam dunia percintaan.
Ada yang pertama kali berjumpa pasangan secara bersemuka dan belum biasa memulakan perbualan. Ada juga yang pemalu dan takut suasana menjadi kaku apabila tidak tahu topik sesuai untuk dibincangkan.
Perasaan janggal ini normal, namun soalan yang tepat boleh membantu mencairkan suasana dan menjadikan pertemuan lebih selesa.
Soalan ringkas tetapi berkualiti mampu membuat perbualan mengalir dengan lebih natural. Ia membuka ruang untuk mengenali keperibadian pasangan tanpa rasa tertekan.
Kadang kala soalan yang sesuai juga boleh meningkatkan keyakinan diri serta menunjukkan minat yang tulus terhadap pasangan.
Ramai tidak sedar bahawa perbualan santai sebenarnya sangat berkesan dalam menghilangkan rasa gugup. Dengan pemilihan soalan yang betul, suasana dating pertama kali boleh menjadi lebih menyeronokkan dan positif.
Ia juga membantu mewujudkan keselesaan awal sebelum hubungan berkembang ke tahap yang lebih rapat. Dengan panduan soalan menarik, sesi pertemuan pertama pasti menjadi lebih lancar dan bermakna.
Contoh Soalan-Soalan Masa Dating Yang Boleh Digunakan Untuk Berbual
Daripada soalan lah, akan timbul jawapan dan berlaku komunikasi. Soalan itu sangat penting. Jadi bagi yang pertama kali nak keluar dating nanti, boleh tengok contoh-contoh soalan dibawah.
Nanti kalau dah rasa tak tahu nak berbual apa lagi, tapi masih terlalu awal untuk ‘stop’, boleh teruskan bualan tersebut dengan soalan-soalan ini. Berikut merupakan contoh soalan yang terbuka dimana, jawapan tidak boleh dijawab dengan ‘ya atau tidak’.
Soalan “Safe & Smooth” Untuk First Date Introvert
- Hari ni macam mana? Sibuk ke tenang je?
- Awak lebih suka tempat tenang macam ni atau yang ramai orang?
- Bila kali terakhir awak betul-betul rehat tanpa gangguan?
- Minuman pilihan awak biasanya apa?
- Awak jenis suka keluar ke atau lepak rumah lagi best?
- Ada hobi pelik tapi menyeronokkan yang orang lain tak tahu?
- Kalau dapat cuti hujung minggu, awak suka buat apa?
- Awak lebih suka pagi yang sunyi atau malam yang tenang?
- Filem atau siri apa yang awak tengah layan sekarang?
- Awak suka jenis muzik macam mana?
- Kalau nak chill seorang diri, tempat mana awak selalu pergi?
- Bila stress, biasanya awak buat apa untuk tenangkan diri?
- Ada makanan yang buat awak rasa happy bila makan?
- Kalau kena pilih satu, kopi, teh, atau coklat panas?
- Apa benda kecil yang boleh buat hari awak jadi lebih baik?
- Kalau dapat peluang travel, tempat pertama awak nak pergi mana?
- Awak suka kucing ke anjing (atau tak dua-dua)?
- Lagu apa yang paling kena dengan mood awak sekarang?
- Bila kali terakhir awak buat sesuatu yang spontan?
- Kalau boleh pilih, nak dating di kafe, pantai, atau taman?
Tentang Diri & Kehidupan Harian
- Awak suka bangun awal atau suka tidur lewat?
- Aktiviti pertama yang awak buat bila bangun pagi?
- Apa perkara kecil yang buat awak rasa bersyukur hari ni?
- Kalau tak ada kerja atau tugasan, awak suka buat apa di rumah?
- Awak jenis teratur atau ikut mood je?
- Kalau boleh ubah satu rutin harian, apa dia?
- Hari Ahad terbaik bagi awak macam mana?
- Apa benda paling penting yang awak tak boleh tinggal bila keluar rumah?
- Awak suka dengar lagu masa buat kerja tak?
- Kalau diberi satu hari tanpa sebarang tanggungjawab, nak buat apa?
Minat & Kegemaran
- Jenis makanan yang awak tak pernah bosan makan?
- Awak lebih suka makanan tempatan atau barat?
- Minuman paling pelik yang awak pernah cuba?
- Restoran atau kafe yang awak rasa underrated?
- Awak suka masak tak?
- Kalau boleh belajar satu resepi, nak belajar masakan apa?
- Makanan wajib masa raya?
- Awak suka dessert jenis apa?
- Kalau lapar tengah malam, makanan apa yang terlintas dulu?
- Awak suka makanan pedas atau yang mild?
Hiburan, Filem & Muzik
- Filem pertama yang buat awak nangis?
- Watak filem yang paling awak kagumi?
- Filem lawak kegemaran awak?
- Genre muzik yang paling kena dengan mood awak?
- Penyanyi atau band yang awak selalu dengar masa remaja?
- Lagu apa yang paling buat awak tenang?
- Drama tempatan yang awak rasa underrated?
- Kalau boleh tengok konsert percuma, nak tengok siapa?
- Movie terakhir yang awak tengok kat pawagam?
- Kalau ada masa lapang sejam, awak akan tengok YouTube atau TikTok?
Personaliti & Gaya Hidup
- Awak lebih suka suasana senyap atau riuh?
- Bila kali terakhir awak betul-betul rasa bangga dengan diri sendiri?
- Awak suka habiskan masa dengan ramai orang atau seorang diri?
- Apa benda paling penting untuk kekal tenang?
- Awak percaya dengan “first impression”?
- Bila orang salah faham tentang awak, biasanya sebab apa?
- Awak suka orang yang aktif berbual atau yang lembut percakapan?
- Apa sifat orang lain yang buat awak rasa selesa?
- Kalau marah, awak diam atau luah terus?
- Apa benda paling buat awak rasa dihargai?
Perjalanan & Pengalaman
- Tempat paling menarik yang awak pernah pergi?
- Kalau dapat bercuti sekarang, nak pergi ke mana?
- Awak suka pantai, hutan, atau bandar?
- Tempat impian kalau nak pergi honeymoon?
- Aktiviti wajib bila melancong?
- Ada pengalaman lucu masa travel tak?
- Negara mana dalam wishlist awak?
- Awak suka pergi melancong dengan kawan, keluarga, atau sendiri?
- Pernah sesat masa travel?
- Kalau boleh pilih satu tempat untuk pindah, mana awak pilih?
Pandangan Hidup & Inspirasi
- Apa makna kebahagiaan bagi awak?
- Siapa orang yang paling banyak beri inspirasi dalam hidup awak?
- Kalau dapat bagi nasihat pada diri umur 15 tahun, apa awak akan cakap?
- Apa pencapaian kecil yang buat awak gembira baru-baru ni?
- Awak percaya nasib atau usaha lebih penting?
- Bila kali terakhir awak buat sesuatu di luar zon selesa?
- Apa perkara yang awak belajar tahun ni?
- Kalau hidup ni macam buku, bab sekarang tentang apa?
- Apa benda yang awak nak ubah dalam cara hidup sekarang?
- Awak rasa penting tak untuk ada “me time”?
Soalan Lucu & Random Tapi Mesra
- Kalau dapat kuasa ajaib sehari, nak buat apa?
- Awak suka hujan atau panas?
- Kalau kena pilih, nak hidup tanpa internet atau tanpa telefon?
- Kalau dapat balik masa lalu, tahun mana awak nak lawat?
- Kalau dapat makan free seumur hidup, nak makanan apa?
- Kalau boleh tukar suara dengan mana-mana selebriti, siapa?
- Awak pernah tertinggal barang penting masa keluar dating?
- Kalau kucing boleh bercakap, awak rasa dia akan cakap apa pasal awak?
- Apa benda paling pelik orang pernah cakap pada awak?
- Kalau kena jadi watak kartun sehari, nak jadi siapa?
Hubungan & Perasaan
- Macam mana awak tahu awak selesa dengan seseorang?
- Apa tanda seseorang tu jujur bagi awak?
- Awak jenis suka mesej panjang atau pendek?
- Kalau seseorang buat awak happy, biasanya sebab apa?
- Awak suka orang yang spontan atau yang terancang?
- Apa benda kecil yang boleh buat awak rasa disayangi?
- Kalau dating, aktiviti macam mana paling sesuai dengan awak?
- Apa sifat pasangan yang awak paling kagumi?
- Awak percaya cinta boleh datang perlahan-lahan?
- Apa kenangan manis paling susah awak nak lupa?
Tips Tambahan
Masa dating nanti dan tanya soalan, kalau orang jawab pendek, sambung dengan “Kenapa ya?” atau “Oh menarik, macam mana boleh jadi macam tu?”
Selan itu, boleh juga cuba selit reaksi lembut macam “Haha, saya pun sama” atau “Oh tu menarik, saya tak pernah fikir macam tu.”
Semoga soalan-soalan ini membantu anda terutamanya golongan lelaki bagi menunjukkan anda dominen dalam perhubungan. Cuba hilangkan rasa malu tersebut dan jadi lelaki sejati. Semoga bermanfaat.











