Contoh 20 Pantun Merdeka 2025 Yang Menarik Anda Boleh Gunakan

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
contoh pantun merdeka

Pantun merdeka sentiasa menjadi pilihan indah orang ramai untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Barulah nampak keunikan Malaysia yang kaya dengan adat dan bahasa.

Dengan susunan kata yang ringkas tetapi penuh makna, pantun bukan sahaja menghiburkan, malah menyampaikan mesej cinta kepada tanah air.

Setiap kali tiba 31 Ogos, rakyat Malaysia akan mengingati jasa pejuang bangsa yang berkorban demi mencapai kebebasan. Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-68 kemerdekaan negara, dan ia diraikan dengan penuh patriotik

Dengan menggunakan pantun merdeka, sedikit sebanyak memberi peluang untuk meluahkan rasa syukur, bangga dan timbul rasa semangat perpaduan.

Tema rasmi tahun ini iaitu Malaysia Madani Rakyat Disantuni turut boleh dijadikan ilham dalam pantun, agar mesejnya lebih dekat di hati rakyat.

Warisan budaya seperti pantun menjadikan sambutan merdeka lebih bermakna kerana ia menyatukan tradisi lama dengan nilai patriotik moden.

Pantun merdeka juga sering digunakan dalam pertandingan, ucapan rasmi, mahupun perkongsian di media sosial.

Ia mudah difahami semua lapisan masyarakat, sesuai untuk murid sekolah hingga orang dewasa. Keindahan bahasa yang disusun rapi mampu membangkitkan rasa cinta kepada negara.

Contoh Pantun Merdeka Terkini Untuk Tahun 2025

Berikut merupakan antara contoh-contoh pantun Merdeka 2025 terbaik yang anda boleh gunakan untuk dikongsikan dalam pelbagai keadaan.

BACA JUGA :

Boleh share di media sosial, edit dalam poster, masukkan dalam video Youtube dan TikTok, kongsikan di Whatsapp dengan rakan-rakan dan sebagainya.

Tumbuh sena tepian rumbia,
Lebat di hutan akarnya padu,
Melayu, cina dan juga India,
Hidup aman bersatu padu.

Marilah terbang si kunang-kunang,
Bayu berpupuk di tengah laman,
Jasa pejuang tetap dikenang,
Terus disebut sepanjang zaman.

Dari Kedah ke negeri Melaka,
Seorang diri menunggang gajah,
Bertahun sudah kita merdeka,
Bebaskan diri daripada penjajah.

Mendung cuaca nyaman terasa,
Waktu hujan katak melompat,
Merdeka Merdeka Merdeka,
Ayuh laungkan kata keramat.

Jentera pahlawan terus berbunyi,
Menandakan 31 Ogos tarikh keramat,
Laungan Merdeka memecah sunyi,
Tanda perjuangan beroleh rahmat.

Tidaklah lelah biar tiba matahari senja,
Demi negara tiada penat tiada leka,
Merah mu bara semangat waja,
Kini 68 tahun Malaysiaku telah Merdeka.

Resepi bihun telah lama direka,
Begitu juga serawa dan tosai,
68 tahun mencapai merdeka,
Aneka kejayaan telah dirasai.

Bismillah saya mulakan,
Makan perlahan jangan tertelan,
Salam Kemerdekaan saya ucapkan,
Buat sahabat rakan dan taulan.

Dari Kelantan ke Negeri Melaka,
Singgah seketika di bandar Kuantan,
Sudah 68 tahun Malaysia Merdeka,
Hidup aman penuh keberkatan.

Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,
Selalulah kita berdoa padaNya,
Supaya Malaysia terus aman harmoni.

pantun merdeka

Sungai mengalir di celah batu,
Alirannya deras menuju muara,
Bersatu kita tanpa ragu,
Membangun negara penuh sejahtera.

Bunga Raya di dalam dulang,
Daunya pula dimakan ulat,
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia merdeka kekal berdaulat.

Burung Bangau di sawah padi,
Luka berdarat diikat tali,
Jika patriotisme kurang disemadi,
Mungkin sejarah lampau berulang kembali.

Terbang tinggi si burung merpati,
Hinggap sebentar di atas dahan,
Sudah 68 tahun kemerdekaan dirai,
Negara sejahtera penuh kenangan.

31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut Merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Setiap tahun kita menyambut Merdeka,
Jalur Gemilang berkibar megah,
Sejarah Malaysia jangan pula dilupa,
Beratus tahun kita dijajah.

Tanah ini tanah Melayu,
Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan tanahmu,
Pertahankan negara, pertahankan bangsa.

Bunga Raya mekar ditaman,
Harum semerbak menawan hati,
Jalur gemilang berkibar aman,
Lambang perpaduan, rakyat sejati.

Pohon kelapa tegak berdiri,
Buahnya lebat jatuh ke bumi,
Merdeka kita aman berseri,
Jalur gemilang megah menyeri.

Pergi ke kedai membeli pepperoni,
Pepperoni dibeli buat masakan,
Malaysia Madani Rakyat Disantuni,
Itulah tema hari Kemerdekaan.

Sumber : olacuti.com

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment