Tabung Haji merupakan pilihan utama rakyat Malaysia untuk memunaikan Haji dan dalam masa yang sama untuk menyimpan dan melabur. Setiap tahun, pendeposit pasti ingin mengetahui jumlah keuntungan yang diperoleh sebelum agihan keuntungan diumumkan.
Oleh itu, penting untuk mengetahui 3 cara semak agihan keuntungan Tabung Haji dengan mudah dan pantas. Dengan kemudahan digital yang semakin canggih, semakan kini boleh dilakukan secara dalam online, melalui aplikasi, atau di kaunter Tabung Haji.
Ketahui langkah-langkah mudah untuk memastikan keuntungan simpanan anda dikreditkan dengan betul. Panduan ini akan membantu anda memahami cara paling cepat dan selamat untuk semak dividen Tabung Haji.
3 Cara Semak Dividen Tabung Haji
Terdapat 3 cara untuk anda semak dividen atau agihan keuntungan Tabung Haji yang diperoleh setiap tahun. Selepas bulan Mac biasanya diumumkan kadar dividen, beberapa hari selepas itu, ianya terus dikreditkan ke dalam akaun TH anda.
1) Melalui Kaunter Tabung Haji
Anda sebagai pendeposit Tabung Haji boleh datang ke mana-mana cawangan Tabung Haji berdekatan untuk buat semakan untuk ketahui nilai dividen yang diperoleh. Hanya perlu bawah MyKad sahaja.
2) Mesin ATM Bank Terlibat
Jika anda tidak masa untuk pergi ke kaunter TH, anda boleh juga semak berapa dividen Tabung Haji yang diperoleh menerusi 4 mesin ATM bank terlibat iaitu Maybank, CIMB, Bank Rakyat dan Bank Islam. Pada halaman utama pada mesin ATM tersebut, pilih Tabung Haji.
Tapi pastikan terlebih dahulu, anda perlu sambungkan atau link akaun Tabung Haji dengan akaun bank. Anda boleh berbuat demikian juga menerusi mesin ATM dengan pihak bank yang terlibat.
3) Semakan Menerusi THiJARI

Cara paling mudah untuk anda menyemak dividen Tabung Haji yang diperoleh adalah dengan menggunakan THiJARI sama ada di laman web https://www.thijari.com.my/ atau aplikasi mobile. Anda boleh buat pada bila-bila masa dan diman-mana sahaja. Pastikan anda sudah daftar akaun THiJARI terlebih dahulu.
Kemudian untuk buat semakan, anda boleh ikuti langkah dibawah dengan menggunakan aplikasi mobile :
- Log Masuk akan THiJARI dengan dengan menggunakan No. ID dan password
- Kemudian klik pada butang Menu pada bahagian atas kiri
- Pilih Ringkasan Akaun
- Pilih akaun Tabung Haji anda dan klik pada nama tersebut
- Pada bahagian Sejarah Transaksi, masukan Semua Transaksi untuk ‘Jenis Transaksi’ dan 30 hari terakhir untuk ‘Tempoh’
- Kemudian akan dipaparkan jumlah dividen yang diperoleh dengan nama AGIHAN KEUNTUNGAN
Mudah je bukan! Jadi diharap perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang tertanya-tanya macam mana nak semak berapa dividen Tabung Haji yang diperoleh. Kalau kadar agihan keuntungan sudah diumumkan, boleh la semak sekarang!













1 thought on “Cara Semak Dividen Tabung Haji Terkini”
Comments are closed.