Serendah RM9.90. Ini Cara Langgan Tonton Secara Online

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
cara langgan tonton online

Tonton kini telah menyediakan pelbagai drama dan rancangan tempatan yang dikumpulan dalam satu tempat. Jadi lepas ni, korang boleh mudah untuk layan dan menonton semua episod kegemaran tanpa gangguan.

Selain daripada kandungan hiburan tempatan, di platform penstriman Tonton ini juga menyediakan kandungan luar negara seperti Kdrama, Kmovie, anime, filem-filem Indonesia, kandungan daripada China dan banyak lagi.

BACA JUGA : Saksikan Drama Seindah Hujan Cinta Eksklusif Di Tonton

Paling best kesemua ini, anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM9.90 sebulan. Anda boleh strim di semua jenis saiz skrin dari sekecil-kecil di telefon pintar sehingga ke smart tv yang ada di rumah anda.

Akan tetapi anda masih lagi boleh layan beberapa kandungan yang disediakan secara percuma, tetapi ianya terhad. Selain itu, jika akaun percuma, akan ada iklan (ad) yang dipaparkan.

Ramai yang mungkin tak tahu, langganan Tonton sebenarnya sangat senang dan tak memerlukan proses rumit. Jadi, untuk sesiapa yang suka menonton drama Melayu terkini, rancangan realiti atau nak ulang tayang episod yang terlepas di TV, Tonton boleh jadi pilihan yang tepat.

Harga Langganan Tonton Di Malaysia

Sebelum membuat langganan, anda boleh semak terlebih dahulu harga yang ditawarkan bagi setiap pakej dari bulanan sehingga secara tahunan. Terdapat 3 jenis pelan yang disediakan :

Pelan LanggananHargaTanpa Iklan (Ad Free)
1 BulanRM9.90+ RM5
3 BulanRM28.00+ RM15
12 Bulan (Setahun)RM108.00+ RM60

Untuk dapatkan full access untuk semua kandungan, anda perlu langgan sekurang-kurangnya 1 bulan. Kemudian jika anda tidak mahu ada gangguan iklan, boleh tambah RM5 setiap bulan (ad free).

Cara Langgan Tonton Secara Online

Jadi jom kita tengok langkah-langkah dan cara untuk subscribe atau langgan Tonton secara online menggunakan laman web :

1) Pergi ke laman web https://www.tonton.com.my/ dan pada halaman utama, klik butang Subcribe yang terdia pada kanan atas skrin. Atau boleh terus pergi ke halaman INI

cara langgan tonton online

2) Kemudian akan dipaparkan 3 pelan langganan Tonton Up: 1 Bulan, 3 Bulan atau 12 Bulan. Disini juga anda boleh klik pada ‘Ad Free’ untuk dapatkan akses bebas iklan.

3) Dah pilih pelan langganan, pilih pula jenis bayaran seperti yang dipaparkan. Akhir sekali buat bayaran seperti biasa dengan klik pada Join Subcription

cara langgan tonton online

4) Selesai

Anda kini boleh dapatkan akses sepenuhnya untuk semua kandungan yang ada dalam katalog Tonton. Anda juga boleh strimig live tv yang disediakan seperti TV3, TV9, Drama Sangat, TVN Movies dan banyak lagi.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment