Cara Kemaskini STR Sekiranya Ada Maklumat Terbaru

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
kemaskini str maklumat terbaru

Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah perkara yang ramai terlepas pandang. Ini kerana ianya sangat penting untuk memastikan bantuan yang diterima sentiasa selaras dengan keadaan semasa.

Ramai sebenarnya tidak sedar bahawa perubahan kecil dalam maklumat peribadi boleh memberi kesan besar kepada kelayakan STR.

Contohnya, perubahan status perkahwinan, pertambahan ahli keluarga, pertukaran alamat, kehilangan pekerjaan, atau perubahan pendapatan. Semua ini memainkan peranan dalam menentukan sama ada permohonan diterima, disemak semula atau ditolak.

BACA JUGA : Apa Beza Mykasih Dan MySARA Iaitu Bentuk Bantuan Kerajaan Bagi Yang Layak?

Ramai juga yang hanya mengisi permohonan awal tetapi tidak membuat semakan berkala. Akhirnya, mereka terlepas bayaran kerana maklumat tidak tepat atau sudah tidak sah. Oleh itu, kemaskini STR adalah langkah penting untuk memastikan bantuan sampai kepada penerima yang layak.

Secara asasnya, anda boleh buat kemaskini STR atau perubahan permohonan sepanjang tahun pada bila-bila masa sahaja jika ada. Sekiranya anda tiada buat apa-apa sebarang kemaskini dalam tempoh 3 tahun, anda wajib untuk melakukannya.

Disini akan diberi panduan umum supaya setiap kemaskini STR dibuat, tidak berlaku kesilapan yang boleh menyebabkan kelewatan atau penolakan. Langkah dibuat dengan jelas dan ringkas sahaja.

Apa yang penting, sentiasa pastikan maklumat yang dihantar adalah tepat, terkini dan disahkan oleh dokumen sokongan supaya permohonan dapat diproses tanpa masalah.

Cara Kemaskini STR Atau Berlaku Separang Perubahan Maklumat

Panduan ini adalah bagi pemohon yang sudah melengkapkan maklumat diri dalam sistem STR. Sudah mempunyai akaun STR dan sudah pun terima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini. Cumanya masih belum buat sebarang kemaskini.

1) Pergi ke portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan kemudian klik pada butang LOG MASUK

cara kemaskini str

2) Log in menggunakan No. Mykad dan password yang telah ditetapkan sebelum dan klik Log Masuk

cara kemaskini str

3) Teruskan dengan kemaskini maklumat dengan klik pada ‘Perubahan Maklumat Permohonan’

cara kemaskini str

4) Mula-mula kemaskini pada maklumat Pemohon iaitu anda. Jika ada perubahan, boleh tukar sama ada status perkahwinan, pekerjaan, pendapatan, maklumat bank dan sebagainya. Jika sudah, klik Teruskan

cara kemaskini str

5) Kemudian untuk Waris pula. Jika ada waris seperti Ibu Bapa, boleh masukkan maklumat disini seperti No. Mykad, hubungan, no. telefon dan sebagainya. Jika sudah klik Teruskan

cara kemaskini str

6) Akhir sekali, buat pengesahan dengan tandakan pada bahagian ‘Mengakui bahawa maklumat yang…’ dan kli Hantar

cara kemaskini str

Selesai!

Kini maklumat STR anda sudah dikemaskini. Sekiranya masih mengikut syarat kelayakan, anda masih akan terima bayaran STR seperti yang ditetapkan. Sekiranya sudah lepas syarat, tak dapat lah.

Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Cara Kemaskini STR Sekiranya Ada Maklumat Terbaru”

Comments are closed.