Cara Isi Minyak Guna Setel Di Petronas

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
cara isi minya guna setel di petronas

Setel ialah aplikasi e-wallet yang memudahkan pengguna mengisi minyak di stesen Petronas tanpa perlu ke kaunter atau menggunakan wang tunai. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh mengisi minyak secara cashless dan lebih pantas.

Selain itu, penggunaan Setel membolehkan anda mengumpul mata ganjaran Mesra yang boleh ditebus untuk pelbagai manfaat. Bagi yang pertama kali ingin gunakan apliaksi Setel ini, boleh dapatkan panduan penuh disini

Kenapa Pilih Setel untuk Isi Minyak Di Petronas?

Sebelum kita masuk ke langkah-langkah isi minyak guna Setel, jom lihat beberapa kelebihan aplikasi ini:

  • Mudah & Cepat – Tidak perlu beratur di kaunter, hanya gunakan telefon
  • Cashless – Bayar terus menggunakan e-wallet atau kad yang dipautkan
  • Kumpul Mata Mesra – Setiap transaksi akan mengumpul mata ganjaran
  • Setel Share – Kongsi akaun dengan keluarga untuk pembayaran bersama
  • Keselamatan – Kurangkan risiko sentuhan dan bawa wang tunai yang banyak

Cara Isi Minyak Guna Setel di Petronas

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menggunakan Setel semasa mengisi minyak dimana-mana lokasi Petronas seluruh Malaysia :

1. Download & Daftar Akaun Setel

Jika anda belum mempunyai aplikasi Setel, anda boleh download di Google Play Store atau App Store secara percuma. Kemudian anda boleh daftar dengan mengikut kaedah seperti dibawah :

  1. Klik https://www.setel.my/ref/yqtb6 [Dapatkan RM5 Percuma] dan kemudian daftar akaun dengan nombor telefon
  2. Lengkapkan segala maklumat diri yang diperlukan
  3. Ikut segala arahan yang diberikan sehingga selesai

Selepas selesai, anda kini boleh mulakan pengisian minyak petrol di cawangan Petronas.

2. Tambah Duit Ke Setel Wallet atau Sambungkan Kad

Sebelum mengisi minyak, pastikan anda mempunyai duit yang mencukupi dalam Setel Wallet atau telah sambungkan kad kredit/debit untuk pembayaran automatik.

  1. Buka aplikasi Setel
  2. Klik pada Change pada bahagian tab atas
  3. Jika anda ingin menggunakan Setel Wallet, boleh topup mengikut jumlah yang anda inginkan
  4. Jika anda ingin bayar menggunakan kad debit atau kredit, boleh pilih bahagian Other Methods dengan klik pada ‘Add New Card’

3. Buka Aplikasi & Pilih Stesen Petronas

  1. Pergi ke mana-man lokasi setesen Petronas terdekat
  2. Buka aplikasi Setel
  3. Pastikan GPS diaktifkan
  4. Aplikasi akan mengesan lokasi stesen Petronas tersebut secara automatik
  5. Pilih nombor pam minyak yang anda ingin gunakan

4. Pilih Jumlah & Kaedah Pembayaran

  1. Pilih jumlah minyak yang ingin diisi sama ada mengikut harga (RM10, RM20 atau penuh) atau kuantiti (1L, 5L, 10L …)
  2. Pilih kaedah pembayaran sama ada Setel Wallet atau kad yang telah disambungkan
  3. Tekan Confirm & Pay untuk meneruskan.

5. Isi Minyak Seperti Biasa

Selepas pembayaran berjaya:

  1. Angkat nozzle dan pilih jenis minyak (RON95, RON97 atau Diesel)
  2. Isi minyak seperti biasa sehingga mencapai jumlah yang dipilih
  3. Letakkan semula nozzle selepas selesai

6. Terima Resit & Kumpul Mata Ganjaran

  • Setelah selesai, resit digital akan dihantar ke aplikasi
  • Mata Mesra akan dikreditkan ke akaun anda untuk setiap transaksi yang layak
  • Anda boleh menyemak sejarah transaksi dalam aplikasi
  • Selesai

Tips Menggunakan Setel dengan Lebih Efisien

  • Pastikan Internet Stabil – Setel memerlukan sambungan internet untuk berfungsi.
  • Sambungkan Kad untuk Pembayaran Automatik – Memudahkan transaksi tanpa perlu tambah dana secara manual.
  • Gunakan Setel Share – Kongsi akaun dengan ahli keluarga untuk pembayaran minyak yang lebih fleksibel.
  • Tebus Mata Mesra – Kumpul mata ganjaran dan tebus untuk diskaun atau hadiah menarik.

Menggunakan Setel untuk isi minyak di Petronas bukan sahaja memudahkan, malah menjimatkan masa dan lebih selamat. Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh mengisi minyak tanpa perlu keluar dari kereta atau bawa cash pun.

Tambahan pula, anda boleh mengumpul mata ganjaran Mesra untuk pelbagai manfaat. Jika anda belum mencuba, download sekarang aplikasi Setel dan cuba sendiri di stesen Petronas terdekat.

Sumber : notaria.my

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now