Cara Guna Suica Card Di iPhone (Tak Perlu Lagi Beli IC Card Di Jepun)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
suica card di iphone

Bagi sesiapa yang merancang untuk melancong ke Jepun, Suica Card adalah salah satu alat penting yang patut dimiliki. Tujuan utama adalah untuk naik train dan bas serta boleh juga digunakan di kombini.

Dengan teknologi yang semakin canggih, kini anda tidak perlu lagi untuk beli Suica Card fizikal ketika melancong di Jepun. Ini kerana anda kini boleh gunakan Suica Card di iPhone sahaja dengan menambah kad ke dalam Apple Wallet.

Dengan hanya menggunakan fungsi Apple Pay, anda boleh ‘tap’ iPhone anda di pintu masuk stesen atau di kaunter pembayaran tanpa perlu mengeluarkan dompet. Lebih jimat lagi, anda tak perlu pun beli kad fizikal tersebut.

Bukan itu sahaja, sebenarnya jika anda sambungkan IC Card di iPhone, anda juga boleh semak baki kad anda dan boleh topup dengan mudah menggunakan visa atau mastercard anda tanpa caj tambahan. Minima 1 Yen.

Akan tetapi, fungsi ini hanya tersedia di iPhone sahaja. Setakat ini, untuk smartphone Android tiada lagi. Jadi kalau anda menggunakan Samsung, Pixel, Xiaomi dan sebagainya, kena juga beli Suica card dan guna kad fizikal tersebut.

Syarat Guna Suica Card Di iPhone

Anda boleh gunakan kad Suica di iPhone sekiranya anda sudah pun tetapkan Apple ID. Kemudian ciri ini hanya menyokong iPhone 8 atau iPhone 8 Plus sehingga terbaru. Untuk Apple Watch pula, anda boleh gunakan di Apple Watch Series 3 sehingga yang terbaru. Yang lama tak support.

Cara Tambah Suica Card Di iPhone

Sebenarnya di Apple Wallet, ada 3 jenis IC Card iaitu Suica, PASMO dan ICOCA. Ketiga-tiga jenis ini anda boleh guna hampir seluruh Jepun. Tapi pastinya yang lebih popular iaitu Suica Card. Jom kita tengok macam mana nak tambah Suica Card di iPhone

  1. Pada iPhone anda, pergi ke aplikasi Apple Wallet dan kemudian klik pada butang ‘+’ yang terletak pada bucu belah kanan atas
  2. Pilih Travel Card
  3. Cari bahagian Japan dan pilih IC Card anda. Tekan Suica
  4. Klik Continue
  5. Untuk aktifkan, anda perlu topup terlebih dahulu. Masukkan jumlah dan klik Add
  6. Bayar menggunakan mana-mana kad yang telah disambungkan dengan Apple Wallet anda
  7. Jumlah tersebut akan ditambah ke dalam Suica Card anda tanpa sebarang caj tambahan

Selesai. Jadi kini anda boleh mula untuk gunakan Suica Card yang ada dalam iPhone anda menerusi teknologi NFC yang terdapat dalam sistem Apple Pay.

Cara Guna Suica Card Di Iphone

Sekarang anda sudah add atau menambah Suica Card ke dalam iPhone anda. Kini anda boleh ketahui bagaimana cara untuk menggunakannya ketika ingin menaiki train di Jepun.

  1. Sebelum sampai di terminal untuk scan, hidupkan terlebih dahulu iPhone anda. Tiada internet takpa, masih boleh berfungsi
  2. Halakan iPhone anda pada terminal atau pengimbas pintu tiket
  3. Akan kedengar bunyi ‘beep’ dan dipaparkan ‘Done’ pada skrin iPhone anda. Ini bermakna pembayaran berjaya dibuat.
  4. Proses ini sama sahaja untuk semua jenis pembayaran. Sama ada nak masuk atau keluar train atau nak bayar ketika di pasar raya dan kedai.
cara guna suica card di iphone

Pada skrin iPhone anda juga, akan dipaparkan bayaran yang dikenakan setiap kali turun daripada train. Jadi anda boleh buka Apple Wallet dan semak baki dari semasa ke semasa. Tak cukup, boleh topup pada bila-bila masa sahaja.

Cara Topup Suica Card di iPhone

Untuk melayakkan anda topup secara terus di iPhone, terlebih dahulu anda perlu sambungkan mana-mana kad Visa/Mastercard pada Apple Wallet. Guna Wise lebih mudah terutamanya ketika travel. Jika sudah, ikut langkah dibawah :

  1. Buka aplikasi Apple Wallet dan pilih kad Suica anda
  2. Klik pada butang Add Money
  3. Masukkan jumlah yang anda ingin topup (min 1¥) dan klik Add
  4. Pilih kad kredit atau kad debit anda untuk buat bayaran.
  5. Akhir sekali, bayar seperti biasa
  6. Selesai

Dengan iPhone, Travel Ke Jepun Anda Lebih Mudah

Dengan adanya ciri yang disediakan khas untuk pengguna iPhone ini, banyak perkara menjadi lebih mudah dan jimat. Anda tak perlu lagi beli kad fizikal (2000¥) dan tak perlu lagi pergi ke mesin untuk topup.

Anda boleh rancang perbelanjaan dengan pantau segala penggunaan duit menerusi Apple Wallet. Nak guna mudah, nak topup senang dan nak tengok baki pun boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Sumber : olacuti.com

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now