Kalau anda jenis suka benda cepat dan mudah, aplikasi Setel memang wajib ada dalam telefon. Dengan Setel, anda boleh isi minyak di stesen Petronas tanpa perlu turun dari kereta pun. Tak perlu beratur panjang atau tunggu lama di kaunter. Semua boleh siap terus dari skrin telefon.
Aplikasi Setel ni direka khas untuk mudahkan pengguna isi minyak di Petronas. Anda hanya perlu sambungkan aplikasi dengan akaun bank atau eWallet, kemudian masa sampai stesen, buka apps dan pilih pam minyak. Tekan “Purchase Fuel” dan terus boleh isi minyak. Senang gila, kan?
Yang lagi best, pembayaran semua dibuat secara online je. Tak payah lagi keluarkan duit tunai atau cari kad debit. Bila dah selesai isi, resit automatik terus keluar dalam aplikasi. Jadi, semua rekod bayaran tersimpan kemas, senang nak rujuk bila-bila masa.
Sekarang ni, petrol subsidi RON95 pun dah tersedia dalam aplikasi Setel. Anda boleh semak baki kuota subsidi terus dalam apps sebelum isi minyak. Tak perlu risau lagi pasal salah isi atau harga tak betul. Semua dah disusun elok dalam satu tempat.
Selain tu, Setel juga ada fungsi untuk kumpul mata ganjaran Mesra. Setiap kali isi minyak, mata tu boleh dikumpul dan ditebus untuk diskaun atau hadiah menarik. Memang berbaloi kalau kau isi minyak selalu.
Kalau anda tengah kejar masa, Setel ni betul-betul penyelamat. Tak perlu keluar dari kereta bila hujan atau tengah panas terik. Hanya buka apps, pilih pam, dan isi minyak. Semua urusan jadi cepat, selamat dan senang.
Pendek kata, dengan Setel, isi minyak di Petronas sekarang jauh lebih mudah dan moden. Memang sesuai dengan gaya hidup orang sekarang yang nak semua serba pantas dan praktikal.
Cara Daftar Setel Di Telefon
Sebelum menggunakan aplikasi Setel untuk mengisi petrol di Petronas, anda terlebih dahulu perlu daftar dan buka akaun. Ianya ditawarkan secara percuma. Anda boleh daftar menerusi LINK INI atau masukkan kod referal : yqtb6 dan sekali gus peroleh RM3 secara percuma.
Kemudian anda ikuti semua langkah dipaparkan sehingga selesai. Untuk aktifkan subsidi bersasar Ron 95 menerusi BUDI95, anda hanya perlu siapkan proses verification menggunakan Mykad sahaja.
Jika semuanya sudah selesai, barulah anda boleh mula menggunakan aplikasi Setel untuk isi minyak di Petronas yang mana pembayaran boleh dilakukan secara online sahaja.
Cara Isi Minyak Menggunakan Setel Di Petronas
Berikut merupakan langkah mudah untuk anda mengisi minyak di Petronas menggunakan aplikasi Setel. Tak kisah lah Ron 95, Ron 97 atau minyak Diesel sekali pun, semua boleh menggunakan aplikasi ini.
Untuk mula menggunakannya, pastikan anda tiba terlebih dahulu dimana-mana stesen Petronas di seluruh Malaysia. Kemudian barulah buka aplikasi Setel.

1) Tiba di stesen Petronas, buka apps Setel. Pada halaman utama, pastikan nama lokasi petrol pump sama dengan lokasi anda. Jika ya, klik ‘Purchase Fuel’

2) Kemudian tetapkan nombor pump dan jumlah yang ingin anda isi sama ada mengikut harga (RM) atau kapasiti (liter). Boleh juga tetapkan untuk ‘Full Tank’


3) Jika pilih ‘Amount of Litre’, masukkan berapa liter anda ingin isi dan klik ‘Continue’.

4) Dah tetapkan, sekarang pilih jenis minyak. Pilih RON95 dan kemudian ‘on’ kan Use BUDI95 Subsidy. Baru boleh dapatkan subsidi petrol. Kemudian pilih jenis bayaran sama ada dari eWallet sendiri atau kad kredit dan debit.
Akhir sekali, akan dipaparkan jumlah yang perlu dibayar. Jika sudah, klik butang ‘Pay’

5) Tunggu sehingga paparan ‘Start Refuelling Up To…’ keluar pada aplikasi Setel. Kemudian barulah boleh mula isi minyak ke kenderaan anda

6) Mula isi minyak seperti biasa sehingga selesai
7) Jika sudah, akhir sekali akan diberikan resit digital tentang segala pembayaran yang telah dibuat.
Setel semuanya. Mudah je kan. Semoga perkongsian ini membantu. Kongsilah dengan kami, senang tak guna aplikasi Setel ni?















