MyDigital ID kini menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia selepas kerajaan mengumumkan baru-baru ini.
Pengguna perlu memiliki akaun ini untuk mengakses beberapa perkhidmatan kerajaan, termasuk aplikasi MyBayar PDRM bagi pembayaran saman secara dalam talian.
Ramai tertanya-tanya, apa sebenarnya MyDigital ID dan mengapa ia penting untuk semua rakyat Malaysia?
Secara ringkas, MyDigital ID ialah sistem pengenalan digital rasmi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia di bawah inisiatif Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
Ia berfungsi sebagai identiti pengesahan digital yang selamat dan sah untuk rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, iany juga berfungsi untuk mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan serta sektor swasta secara dalam talian.
Dengan MyDigital ID, pengguna dapat mengesahkan identiti mereka tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter atau membawa dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan.
Inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan keselamatan transaksi digital dan mengurangkan risiko penipuan dalam talian. Melalui MyDigital ID, maklumat peribadi pengguna dilindungi dengan teknologi keselamatan tinggi bagi memastikan privasi data sentiasa terjamin.
Selain itu, pendaftaran MyDigital ID boleh dilakukan dengan mudah secara online atau kios khas yang disediakan di seluruh Malaysia. Langkah ini menandakan peralihan penting ke arah pendigitalan menyeluruh dalam urusan kerajaan dan rakyat.
Dengan keperluan semasa seperti pembayaran saman melalui MyBayar PDRM, penggunaan MyDigital ID kini menjadi keperluan asas bagi memudahkan urusan harian secara digital.
Jadi macam mana nak daftar MyDigital ID ini? Adakah perlu kepada apa-apa dokumen tambahan atau mana-mana aplikasi yang boleh dimuat turun? Jom kita tengok
Cara Daftar MyDigital Id Secara Online
Ikuti langkah mudah dibawah bagi panduan dan cara untuk daftar MyDigital ID yang boleh dilakukan secara online sahaja menggunakan aplikasi.
1) Download aplikasi MyDigital ID di App Store, App Store atau App Gallery secara percuma
2) Buka aplikasi dan klik butang ‘Daftar Online’ > tanda pada ‘saya bersetuju’ dan klik Teruskan

3) Masukkan alamat emel aktif anda pada Langkah 1. Masukkan OTP yang dihantar pada alamat emel tersebut pada Langkah 2. Akhir sekali masukkan Nama dan No. Kad Pengenalan (MyKad) pada Langkah 3.
Selesai untuk Pra-Pendaftaran. Klik OK

4) Untuk pengesahan, ambil gambar MyKad (Depan & Belakang) serta ‘Selfie’ untuk imbas wajah pada langkah seterusnya dan tetapkan password yang akan digunakan. Klik OK

5) Selesai. Digital ID anda kini sedia untuk digunakan

Senarai Aplikasi & Portal Yang Menyokong MyDigital ID
Kini sudah banyak aplikasi dan portal kerajaan yang menyokong penggunaan MyDigital ID termasuk :
Aplikasi Kesihatan & Kebajikan
- MySejahtera
- Talian Kasih
- STR (Sumbangan Tunai Rahmah)
- TVET Madani
Aplikasi Kerajaan & Pentadbiran
- MyGov SuperApp
- MyJPJ
- MyHRMIS Mobile
- SPA9
- MyKadun
- MyInfra
- Sistem Dana Bersepadu
- EHRI
- eROSES
- CIMSPendidikan & Universiti
- MyStudent App UiTM
- MyNemo (UMT)
- i-Attend (UIA)
- SMAP Online
- UMHelpdesk
Perkhidmatan Awam
- MyPTPTN
- myXtraJob
- My Travel Approval
- eKenderaan
- krste.my
- MyRAS
- NIISe
- MEDCast 2.0
- MISSION
- RON95
- PsMJM / MyMJM
- BUDI95

Kelebihan Dan Manfaat Sebenar MyDigital ID
Berikut ialah manfaat dan kelebihan utama MyDigital ID yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia:
1. Pengesahan Identiti Lebih Selamat
MyDigital ID membolehkan pengguna mengesahkan identiti mereka dengan lebih selamat semasa mengakses sistem kerajaan atau perkhidmatan digital. Ia menggunakan teknologi keselamatan tinggi seperti penyulitan data (encryption) bagi melindungi maklumat peribadi daripada disalah guna.
2. Mudahkan Urusan Dalam Talian
Dengan MyDigital ID, rakyat tidak perlu lagi hadir ke kaunter atau isi borang fizikal. Semua urusan seperti bayar saman MyBayar PDRM, semakan cukai, bantuan kerajaan, atau perkhidmatan Jabatan Imigresen boleh dilakukan terus secara online dengan pengesahan identiti digital yang sah.
3. Satu Akaun Untuk Semua Perkhidmatan
MyDigital ID berfungsi sebagai identiti tunggal digital bagi pelbagai platform kerajaan. Ini bermakna pengguna tidak perlu cipta banyak akaun atau ingat pelbagai kata laluan — hanya satu ID untuk akses semua sistem.
4. Kurangkan Risiko Penipuan dan Pencurian Data
Sistem ini membantu mengurangkan kes akaun palsu, penipuan identiti, dan scam dalam talian kerana setiap MyDigital ID disahkan secara rasmi oleh kerajaan berdasarkan maklumat JPN.
5. Sokong Transformasi Digital Negara
MyDigital ID merupakan tonggak utama kepada inisiatif pendigitalan Malaysia (MyDIGITAL) yang menyasarkan semua urusan kerajaan dan rakyat boleh dijalankan secara efisien melalui platform digital menjelang 2030.
6. Jimat Masa dan Kos
Tiada lagi keperluan untuk beratur panjang di pejabat kerajaan. Semua transaksi boleh dilakukan dari mana-mana sahaja, menjimatkan masa, tenaga, dan kos perjalanan.
Untuk sebarang persoalan berkaitan MyDigital ID, anda boleh pergi ke bahagian FAQ di https://www.digital-id.my/support#faq_support












