Cara Check Scammer Online (Guna No. Telefon Dan Akaun Bank)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
check scammer online

Scammer sekarang bagai cendawan tumbuh selepas hujan lagi-lagi melalui platform online ini. Jadi kita sebagai pengguna berhati-hatilah sentiasa.

Semak atau check terlebih dahulu dengan siapa anda berurusan sama ada menggunakan nombor telefon atau nombor akaun bank mereka.

Zaman dahulu berbeza dengan zaman teknologi sekarang. Penipuan boleh berlaku sekelip mata walaupun anda tidak berjumpa dengan si kaki penipu tersebut. Identiti juga boleh dirahsiakan bila adanya internet. 

Tetapi dengan teknologi juga tidak memberikan ruang kepada scammer diluar sana untuk senang-senang menipu pelanggan mereka. Kita juga boleh buat siasatan awal sebelum transaksi wang dilakukan kepada pihak ketiga.

Pihak PDRM sendiri juga telah mengeluarkan platform tersebut supaya anda boleh semak terlebih dahulu sebelum berurusan dengan ‘mereka’.

Semak Dan Check Scammer Secara online Melalui Portal Khas Daripada PDRM

Portal khas ini telah dibangungkan oleh pihak PDRM dibawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang membolehkan orang ramai untuk buat semakan scammer secara online atau apa-apa bentuk penipuan.

Secara asasnya, semakan boleh dibuat dalam 3 cara iaitu melalui :

  • Nombor telefon
  • Nombor akaun
  • Nama Syarikat

Ketiga-tiga cara ini, anda boleh semak menggunakan portal PDRM di https://semakmule.rmp.gov.my/.

Cara Check Scammer Online

Jadi seperti yang diberitahu sebelum ini, untuk buat semakan, anda perlu dapatkan nombor telefon, nama syarikat atau nombor akaun bank mereka terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda masukkan maklumat tersebut di dalam portal khas PDRM ini.

Langkah 1)  Pergi ke portal semakmule

Langkah 2)  Masukkan nombor telefon, nombor akaun atau nama syarikat pada bahagian kategori. Kemudian klik Semak

check scammer online

Akhir sekali akan dipaparkan rekod untuk nombor telefon, nama syarikat atau nombor akaun bank.

rekod scammer online

Jika hasil maklumat semakan menunjukkan ada report polis dibuat, makan sebaiknya anda jangan teruskan transaksi dengan mereka. Ini kerana, ada mereka yang telah report polis atas nombor telefon dan akaun bank tersebut. 

Tetapi sekiranya tiada rekod, itu bukan bermakna masih selamat, tetapi tiada report polis dibuat terhadap butiran tersebut. Selepas itu, terserah kepada anda, jika rasa selamat dan boleh dipercayai, boleh teruskan urusan transaksi dan jika tidak, boleh hentikan.

Harap perkongsian cara check scammer secara online ini bermanfaat kepada anda semua terutamanya yang selalu berurusan secara online ni. 

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment