Sekarang semua benda boleh buat dari telefon je, termasuk beli tiket wayang. Tak perlu lagi beratur panjang di kaunter. Dengan hanya guna aplikasi, semua jadi lebih mudah dan cepat. Nak tengok movie terbaru pun boleh terus tempah tempat duduk kegemaran. Memang jimat masa dan tenaga.
Antara wayang paling best di Malaysia ketika ini pastinya GSC. Ramai sebenarnya masih belum tahu cara guna aplikasi GSC dengan betul. Ada yang muat turun tapi tak tahu langkah seterusnya. Ada juga yang risau prosesnya susah atau lambat. Sebenarnya, cara beli tiket wayang secara online ni sangat senang. Tak sampai lima minit pun dah boleh siap.
Aplikasi GSC memang mesra pengguna dan mudah difahami. Semua maklumat tentang filem, masa tayangan, dan lokasi pawagam tersedia di satu tempat. Kita cuma perlu pilih mana satu yang sesuai dengan masa kita. Lepas tu terus boleh buat bayaran secara online. Tak perlu tunjuk tiket fizikal pun, scan QR code je masa masuk panggung.
Selain mudah, beli tiket online ni juga lebih selamat. Tak perlu sentuh mesin atau serah duit tunai. Semua urusan boleh siap dalam aplikasi sahaja. Lagi best, kadang-kadang ada promosi eksklusif khas untuk pengguna aplikasi GSC. Jadi, memang berbaloi kalau tahu guna dengan betul.
Bagi yang baru nak cuba, jangan risau. Langkah-langkahnya sangat ringkas dan sesuai untuk semua peringkat umur. Asalkan ada telefon dan internet, dah boleh beli tiket sendiri. Tak perlu minta tolong orang lain.
Cara Beli Tiket Wayang GSC Secara Online Di Aplikasi
Jadi, kalau lepas ni teringin tengok wayang, cuba guna cara ni. Lebih cepat, selamat, dan tak pening kepala. Jom tengok cara beli tiket wayang GSC secara online guna apps je.
- Download dan install aplikasi GSC
- Kemudian daftar dan sign in menggunakan nombor telefon anda
- Jika sudah siap, kini anda sudah boleh mula beli dan dapatkan tiket wayang
- Pergi pada bahagian tab Cinemas
- Kemudian pilih dan cari lokasi panggung wayang GSC yang berhampiran atau yang anda ingin tonton nanti
- Pilih filem yang anda ingin tonton
- Pilih hari dan tarikh mengikut kesesuai anda
- Pilih waktu atau masa bila anda ingin tonton filem tersebut
- Kemudian pilih seat yang available iaitu waktu putih sahaja. Klik padanya dan tekan Confirm
- Pilih kuantiti tiket yang anda ingin beli. Tekan sahaja pada butang + untuk tambah jumlah tiket. Klik Confirm
- Anda juga boleh beli e-Combo atau makanan. Jika taknak, anda hanya tekan butang Next sahaja
- Akan dipaparkan harga yang perlu dibayar dan klik Checkout & Pay
- Pilih Payment Mode iaitu pilih bank dengan mengguanakan online banking. Akhirnya klik Pay
- Buat bayaran seperti biasa hingga selesai
Akhirnya anda akan dapat Kod QR dimana anda boleh lihat pada bahagian Me > My Ticket. Nanti nak masuk panggung wayang just imbas sahaja kod tersebut.
Tutorial Bergambar
Juga disediakan tutorial bergambar cara beli tiket wayang GSC Online menggunakan aplikasi seperti dibawah:
1. Buka aplikasi kemudian pada bahagian tab Cinemas, cari wayang yang berdekatan dengan anda. Kemudian pilih movie > tetapkan tarik dan waktu yang anda ingin datang tonton > pilih seat yang masih kosong dan berapa seat nak beli

2. Akan dipaparkan berapa tiket yang anda beli. Boleh juga beli terus popcorn dan akhirnya buat pembayaran secara online banking seperti biasa

3. Jika pembayaran berjaya, anda boleh dapatkan tiket dalam bentuk Kod QR di bahagian My Ticket. Hanya perlu imbas sahaja di panggung wayang nanti untuk masuk

Semoga membantu bagi mereka yang mungkin belum tahu cara untuk beli tiket wayang di GSC secara online. Info lanjut, boleh layari laman web GSCinemas di https://www.gsc.com.my/
















1 thought on “Cara Beli Tiket Wayang GSC Secara Online (Guna Apps Je)”