Cara Bayar Kad Kredit Guna Maybank (Aplikasi MAE & Maybank2u)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
cara bayar kad kredit guna maybank

Membayar kad kredit secara online kini lebih mudah dengan aplikasi MAE. Sekiranya anda mempunyai kad kredit Maybank, anda boleh bayar kad kredit tersebut menggunakan MAE sahaja dengan tanpa perlu ke cawangan bank.

Sebenarnya menerusi MAE atau perbankan online Maybank, anda boleh buat pembayaran kad kredit Maybank sendiri atau kad kredit bank lain dengan beberapa langkah mudah sahaja. Semua boleh dilakukan secara online.

BACA JUGA : Dapatkan Kad Kredit Maybank Islamic DISINI

Dengan adanya proses yang disediakan ini, ia bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi memastikan juga pembayaran dibuat tepat pada masanya bagi mengelakkan caj lewat dan faedah tambahan. Jadi rekod kredit sentiasa baik lah.

Anda boleh ikuti mana-mana langkah yang mudah untuk anda bayar kad kredit Maybank anda sama ada menggunakan platform perbankan online Maybank2u di laptop atau aplikasi MAE di smartphone anda.

Cara Bayar Kad Kredit Guna MAE

Pastikan anda sudah mempunyai akaun MAE dan kad kredit Maybank tersebut telah disambungkan dengan akaun Maybank anda

  1. Buka aplikasi MAE dan login seperti biasa
  2. Klik tab Accounts
  3. Kemudian pilih Cards > pilih Kad Kredit Maybank Anda
  4. Klik butang Pay Card
  5. Anda boleh pilih sama ada untuk bayar Outstanding Amount, Minimum Amout atau Statement Amount
  6. Selesai

Sekiranya anda hanya bayar minimum amount, akan ada caj faedah yang akan dikenakan pada bulan seterusnya. Adalah lebih baik bayar Statement Amount atau Outstanding Amount

Cara Bayar Kad Kredit Guna Maybank2u

Untuk menggunakan Maybank2u, langkah nya sama sahaja seperti menggunakan aplikasi MAE. Pastikan anda sudah mempunyai akaun perbankan online Maybank ini

  1. Layari laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my dan login seperti biasa
  2. Pada halaman utama, klik pada Cards
  3. Kemudian pilih Kad Kredit Maybank Anda dan klik Tiga Butang
  4. Klik Pay Card
  5. Pilih akaun Maybank anda
  6. Kemudian pilih jenis bayaran. Disini juga terdapat 3 jenis iaitu – Outstanding, Minimum & Statement
  7. Klik Transfer
  8. Akhir sekali buat pembayaran seperti biasa

Diharapkan perkongsian cara bayar kad kredit guna Maybank sama ada melalui aplikasi MAE atau Maybank2u ini memberi manfaat untuk anda.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Cara Bayar Kad Kredit Guna Maybank (Aplikasi MAE & Maybank2u)”

Comments are closed.