Apa Beza MyKasih dan SARA – Bantuan Kerajaan untuk Golongan yang Memerlukan

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
apa beza mykasih dan sara

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa beza MyKasih dan SARA. Adakah kedua-duanya berbentuk bantuan kerajaan? Adakah mereka yang layak boleh terima kedua-dua bantuan ini atau sebaliknya?

Ramai rakyat Malaysia yang masih memerlukan sokongan kewangan untuk meneruskan kehidupan seharian, terutamanya golongan miskin dan miskin tegar. Kerajaan sentiasa memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memastikan kumpulan ini tidak tercicir daripada arus pembangunan.

Antara bantuan yang sering disebut adalah program MyKasih dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah). Walaupun kedua-duanya bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan, ramai yang masih keliru antara fungsi sebenar MyKasih dan SARA.

Oleh itu, penting untuk memahami peranan, bentuk bantuan, jumlah bantuan dan kaedah pelaksanaan bagi setiap program agar bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang layak.

Apa Itu MyKasih?

MyKasih merupakan satu sistem atau platform yang dibangunkan oleh Yayasan MyKasih, yang berfungsi untuk menyalurkan bantuan secara tanpa tunai (cashless) kepada golongan yang memerlukan.

Sistem ini menggunakan teknologi berasaskan MyKad, di mana penerima boleh membeli barangan keperluan di pasar raya atau kedai runcit yang telah didaftarkan sebagai rakan kerjasama MyKasih.

Melalui MyKasih, bantuan kewangan akan dimasukkan ke dalam akaun yang dihubungkan dengan nombor MyKad penerima. Penerima hanya perlu membawa MyKad ke kaunter pembayaran dan membuat pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, barang dapur dan barangan harian terpilih.

Platform ini digunakan oleh pelbagai program bantuan termasuk program khas kerajaan dan korporat. Ia membolehkan penyaluran bantuan dibuat dengan lebih telus, tersusun dan mudah diaudit. MyKasih juga membolehkan pemantauan corak pembelian untuk memastikan bantuan digunakan untuk tujuan yang betul.

Apa Itu SARA?

SARA ialah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah, iaitu sebuah inisiatif bantuan bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia di bawah payung Program STR (Sumbangan Tunai Rahmah). Bantuan ini khusus diberikan kepada isi rumah dalam kategori miskin dan miskin tegar, berdasarkan data daripada sistem eKasih dan permohonan STR.

Semak Kelayakan MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus

Bantuan SARA disalurkan sebanyak RM100 hingga RM200 sebulan untuk tempoh 12 bulan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,100 setahun mengikut kategori. Bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk tunai, sebaliknya dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad penerima melalui sistem MyKasih. Ini bermakna, penerima bantuan SARA menggunakan platform MyKasih untuk membuat pembelian.

maksud sara

Namun, barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA adalah terhad kepada barangan asas sahaja, seperti beras, minyak masak, tepung, susu, telur, dan makanan keperluan lain. Bantuan ini bertujuan untuk memastikan keperluan asas keluarga penerima dijamin.

Beza MyKasih dan SARA

Ramai yang menyangka MyKasih dan SARA adalah program yang sama, namun sebenarnya terdapat perbezaan yang ketara. MyKasih ialah sistem, manakala SARA ialah salah satu program bantuan yang menggunakan sistem MyKasih. Perbezaannya boleh dilihat dari segi tujuan, bentuk bantuan, tempoh bantuan, dan cara pelaksanaannya.

Kalau dapat bantuan SARA, maksudnya bantuan tu masuk dalam sistem MyKasih, dan kita boleh guna MyKad untuk beli barang asas je.

MyKasih boleh digunakan untuk pelbagai jenis program bantuan sama ada dari pihak kerajaan, syarikat korporat, mahupun NGO. Bantuan yang diberikan melalui MyKasih boleh berbeza dari segi jumlah, tempoh dan barangan yang dibenarkan, bergantung kepada jenis program yang dijalankan.

Manakala SARA adalah satu bentuk bantuan khas yang telah ditetapkan jumlah dan tempohnya oleh kerajaan. Ia hanya diberikan kepada penerima STR dalam kategori tertentu, dengan tujuan utama untuk membantu menyediakan makanan asas kepada golongan miskin.

Untuk memudahkan perbandingan, lihat jadual berikut:

PerkaraMyKasihSARA
KategoriSistem/platform penyaluran bantuanProgram bantuan kerajaan
TujuanMenyalurkan pelbagai bentuk bantuan secara tanpa tunaiMembantu isi rumah miskin membeli makanan asas
Jumlah BantuanBergantung pada jenis program (contoh: RM100 sebulan)RM100 sebulan selama 6 bulan (RM600 setahun)
Kaedah PenyaluranMelalui MyKad – beli di pasar raya berdaftarGuna MyKad – beli barangan asas sahaja
Barang Boleh DibeliBergantung kepada jenis programHanya barangan asas yang diluluskan
Tempoh BantuanBergantung pada program (boleh 6 bulan, 12 bulan atau lebih)6 bulan sahaja
Syarat KelayakanTertakluk pada syarat program yang guna MyKasihPenerima STR yang berada dalam data eKasih
Contoh Rakan Pasar RayaMydin, Econsave, 99 Speedmart, KK MartSama seperti MyKasih (guna saluran sama)

Jelas bahawa walaupun SARA menggunakan sistem MyKasih, ia adalah program bantuan yang tersendiri dengan objektif yang khusus. Sebaliknya, MyKasih adalah platform terbuka yang menyokong pelbagai bentuk bantuan dengan pelaksanaan yang fleksibel.

Kesimpulan

Bantuan seperti MyKasih dan SARA membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat yang benar-benar memerlukan. Walaupun ada perbezaan dari segi pelaksanaan, kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain.

Pemahaman yang jelas tentang peranan setiap bantuan akan memastikan penerima tidak terlepas peluang dan dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Jadi dah tahu kan apa beza MyKasih dan SARA.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment