Beza Matcha Dan Green Tea Yang Ramai Orang Keliru

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
beza matcha dan green tea

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, nama matcha dan green tea semakin kerap disebut, terutamanya dalam dunia gaya hidup sihat, di kafe hipster, dan rutin harian mereka yang mahu hidup lebih seimbang.

Ada yang minum untuk kekal fokus bekerja, ada juga yang jadikan sebagai minuman santai pada waktu petang. Orang kata nak healing gitu la, jadi order matcha sebab tak minat kopi.

Walaupun kedua-duanya berasal daripada pokok teh yang sama, ramai sebenarnya masih keliru tentang perbezaan sebenar antara matcha dan green tea.

Asal Usul Matcha Dan Green Tea

Pertama sekali, dari segi asal dan penanaman, matcha dan green tea datang daripada pokok Camellia sinensis (kira macam pokok daun teh).

Beza Cara Tanam Matcha Dan Green Tea

Bezanya, pokok matcha ditanam dengan teknik khas. Beberapa minggu sebelum dituai, pokok ini akan dilindungi daripada cahaya matahari menggunakan penutup khas.

Proses ini bertujuan untuk meningkatkan kandungan klorofil dan asid amino, terutamanya L-theanine. Sebab itulah warna matcha kelihatan hijau lebih terang dan rasanya lebih “umami”.

Green tea pula ditanam secara biasa di bawah cahaya matahari tanpa perlindungan khas.

Perbezaan Pemprosesan

Dari sudut pemprosesan, perbezaannya lebih jelas. Matcha melalui proses yang agak teliti. Daun teh muda akan dikukus untuk menghentikan proses pengoksidaan, kemudian dikeringkan.

Selain itu, urat dan batang daun dibuang sebelum daun tersebut dikisar halus menggunakan batu khas sehingga menjadi serbuk hijau yang sangat lembut.

Manakala untuk Green tea pula hanya dikukus atau dipanaskan, kemudian dikeringkan dan dibiarkan dalam bentuk daun. Ia biasanya dijual sebagai daun longgar atau dalam uncang teh.

Cara Penyediaan Dan Cara Minum

Cara penyediaan dan minum juga sangat berbeza. Matcha disediakan dengan mencampurkan serbuk matcha terus ke dalam air panas dan dikacau menggunakan pengacau buluh yang dipanggil chasen.

beza matcha

Apabila minum matcha, kita sebenarnya meminum keseluruhan daun teh dalam bentuk serbuk.

Teh Hijau pula hanya perlu direndam dalam air panas selama beberapa minit, kemudian airnya diminum dan daun dibuang. Ini menjadikan pengalaman minum green tea lebih ringan dan ringkas.

beza green tea

Kandungan Kafein Dan Nutrisi

Dari segi kandungan nutrisi, matcha sering dianggap lebih “power”. Ini kerana seluruh daun diminum, bukan sekadar ekstrak air. Matcha mengandungi antioksidan yang tinggi, khususnya catechin yang baik untuk melawan radikal bebas.

Selain itu, kandungan L-theanine dalam matcha membantu memberikan kesan tenang dan fokus dalam masa yang sama. Kafein dalam matcha juga lebih tinggi berbanding green tea, tetapi kesannya lebih stabil dan tidak menyebabkan rasa berdebar secara mendadak.

Green tea pula tetap mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Ia kaya dengan antioksidan, membantu penghadaman, dan sesuai diminum setiap hari.

BACA JUGA : Senarai Harga Minuman Mixue Seluruh Malaysia

Kandungan kafeinnya lebih rendah, jadi ia pilihan yang selamat untuk mereka yang sensitif terhadap kafein atau ingin minum pada waktu malam tanpa mengganggu tidur.

Beza Rasa Matcha Dan Green Tea

Dari segi rasa, matcha dan green tea memberikan pengalaman yang sangat berbeza. Matcha mempunyai rasa yang lebih pekat, berkrim, sedikit pahit, dan kaya dengan rasa umami. Sebab itu ada orang yang ambil masa untuk biasakan diri dengan rasanya.

matcha sedap

Green tea pula lebih ringan, segar, dan ada rasa berumput yang lembut. Ia mudah diterima oleh kebanyakan orang, termasuk mereka yang baru mula minum teh hijau.

Mana Lebih Sesuai Untuk Anda

Kalau ditanya mana satu lebih sesuai, jawapannya bergantung kepada gaya hidup. Matcha sesuai untuk mereka yang perlukan tenaga dan fokus, contohnya untuk bekerja lama, belajar, atau sebagai pengganti kopi.

Green tea pula sesuai untuk minuman harian, diminum selepas makan, atau sebagai teman santai ketika berehat.

Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Matcha boleh dianggap versi “premium” dan lebih intens, manakala green tea adalah pilihan klasik yang ringan dan mudah dinikmati.

Tak perlu pilih salah satu sahaja, kerana kedua-duanya boleh saling melengkapi dalam rutin harian, bergantung kepada keperluan dan citarasa sendiri.

Tapi kalau nak lepak, layan matcha la lagi best kan berbanding teh hijau

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now