Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026: Penjawat Awam Terima RM500, Pesara RM250

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Duit Raya

Khabar gembira buat seluruh warga perkhidmatan awam dimana Kerajaan mengumumkan pemberian duit raya!

Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam sebanyak RM500, manakala RM250 diberikan kepada pesara kerajaan sama ada berpencen atau tidak berpencen.

Di bawah merupakan penjelasan lengkap berkaitan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026 untuk rujukan semua pihak.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2026

Sebagai makluman, BKKA ialah bayaran khas secara sekali bayar (one-off) yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan setiap tahun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan ini khusus untuk penjawat awam serta pesara kerajaan yang memenuhi syarat kelayakan.

Inisiatif ini diperkenalkan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan dedikasi penjawat awam serta pesara, di samping membantu mengurangkan tekanan kewangan isi rumah menjelang perayaan.

Kadar Bayaran BKKA Tahun 2026

Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori penerima seperti berikut:

  • Penjawat awam Gred 15 dan ke bawah: RM500
  • Pesara kerajaan berpencen: RM250
  • Pesara kerajaan tidak berpencen termasuk veteran: RM250

Untuk makluman, bayaran ini bukan sahaja melibatkan kakitangan tetap, malah turut merangkumi penjawat awam kontrak seperti lantikan MySTEP, pegawai sambilan harian serta pegawai kontrak perkhidmatan.

bantuan khas kewangan aidilfitri 2026

Tarikh Pembayaran BKKA 2026

Bagi penerima yang layak, pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026 dijadualkan bermula awal Mac 2026, iaitu sebelum ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Kategori Penerima Yang Layak

Golongan yang memenuhi syarat untuk menerima BKKA 2026 adalah seperti berikut:

  • Penjawat awam Persekutuan Gred 15 dan ke bawah
  • Kakitangan kontrak kerajaan termasuk MySTEP
  • Pesara kerajaan yang menerima pencen
  • Pesara tidak berpencen serta veteran

Untuk info lanjut, anda boleh rujuk portal rasmi JPA di https://www.jpa.gov.my/

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now