Setiap kali menjelang Aidilfitri, antara soalan yang paling kerap bermain di fikiran rakyat Malaysia ialah tentang bantuan kewangan khas iaitu ‘duit raya’ daripada kerajaan termasuk untuk tahun 2026.
Ramai yang tertanya-tanya sama ada kerajaan negeri atau Persekutuan ada mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Hari Raya tahun ini. Dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk berbelanja bila tiba Aidilfitri.
BACA JUGA : Bantuan Khas Kewangan RM500 Untuk Penjawat Awam Dan RM200 Untuk Pesara
Ada negeri yang memberikan bantuan khas kepada penjawat awam, ada juga yang menyalurkan insentif kepada pesara, imam, bilal dan golongan berpendapatan rendah.
Apakah Maksud Bantuan Kewangan Khas ‘Duit Raya’ Daripada Kerajaan?
Ramai yang keliru antara duit raya biasa dengan bantuan kerajaan. Duit raya kerajaan merujuk kepada bantuan khas kewangan atau bayaran one-off yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri sempena sambutan Aidilfitri.
Bantuan ini lazimnya diberikan kepada:
- Penjawat awam negeri dan Persekutuan
- Pesara kerajaan
- Veteren
- Guru KAFA dan takmir
- Imam, bilal dan siak
Jumlah bantuan berbeza mengikut negeri dan kedudukan kewangan semasa kerajaan masing-masing.
Senarai Bantuan ‘Duit Raya’ Daripada Kerajaan Untuk Tahun 2026 Mengikut Negeri
Setiap tahun, kerajaan persekutuan termasuk beberapa negeri sering mengumumkan bantuan khas kewangan 2026 kepada kakitangan awam dan rakyat. Berikut antara negeri yang kebiasaannya memberikan insentif raya.
| Negeri | Jumlah | Tarikh Dibayar |
|---|---|---|
| Persekutuan | RM500 (Penjawat Awam) RM200 (Pesara) | 13 Mac 2026 |
| Johor | Sebulan gaji | 5 Mac 2026 |
| Kelantan | RM500 | 12 Mac 2026 |
| Melaka | RM500 | 11 Mac 2026 |
| Negeri Sembilan | RM300 | |
| Pahang | RM1000 | Seminggu sebelum raya |
| Perak | RM1,500 (Penjawat Awam) RM500 (KAFA & JPKK) | 16 Mac 2026 |
| Perlis | RM1500 | 13 Mac 2026 |
| Pulau Pinang | Setengah bulan gaji atau min RM1,000 | 16 Mac 2026 |
| Sabah | ||
| Sarawak | ||
| Selangor | Sebulan gaji atau min RM1,000 | 19 Mac 2026 |
| Terengganu | RM500 |
Bantuan Duit Raya Di Hari Raya Aidilfitri
Bantuan khas kewangan dalam bentuk ‘Duit Raya’ ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban perbelanjaan persiapan raya, terutamanya bagi keluarga yang mempunyai komitmen tinggi.
Walaupun jumlahnya tidak sama antara negeri, inisiatif seperti bantuan Aidilfitri negeri dan bayaran khas Persekutuan menunjukkan usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.
Semoga perkongsian ini membantu anda memahami gambaran umum tentang bantuan raya yang biasanya diberikan di Malaysia. Jika ada pengumuman rasmi terkini, pastikan anda semak kelayakan dan tarikh bayaran supaya tidak terlepas manfaat yang disediakan.











