Astro Hentikan Saluran HBO Bermula Mac, Perkenal Empat Saluran Baharu

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
astro dengan saluran hbo

Astro mengumumkan satu perubahan penting buat para pelanggannya apabila beberapa saluran di bawah rangkaian HBO bakal dihentikan daripada platform tersebut tidak lama lagi.

Bermula 1 Mac 2026, 3 saluran dalam rangkain tersebut iaitu HBO HD, HBO Family, HBO Hits serta 1 channel Cinemax HD tidak lagi tersedia melalui langganan Astro seperti sebelum ini.

Keputusan ini dipercayai selari dengan strategi baharu yang memberi tumpuan kepada penggunaan platform penstriman digital.

Dalam hal ini, pelanggan masih boleh menonton kandungan daripada HBO dengan melanggan aplikasi HBO Max secara a la carte.

Menariknya, langganan HBO Max boleh dibuat terus melalui bil Astro dengan harga bermula RM24.90 sebulan, sekali gus memudahkan pelanggan untuk terus menikmati filem dan siri popular tanpa gangguan.

HBO Dihentikan, Diganti Dengan 4 Saluran Baru

Walaupun empat saluran HBO berkenaan akan ditamatkan, Astro turut memaklumkan bahawa mereka akan memperkenalkan beberapa channel baharu sebagai pengganti.

astro hentikan saluran hbo diganti dengan empat saluran baru

Antara saluran yang bakal diperkenalkan ialah Astro Showtime, Rock X Stream, Rock Action dan Astro FAM Time.

Tiga daripada saluran baharu tersebut, iaitu Astro Showtime, Rock X Stream dan Rock Action, akan mula disiarkan pada 1 Mac 2026. Saluran ini ditawarkan kepada pelanggan yang melanggan pakej Movies & Astro One Epic.

Sementara itu, saluran Astro FAM Time pula dijadualkan bersiaran bermula 1 April 2026.

Dengan perubahan ini, pelanggan Astro masih mempunyai pilihan untuk menikmati kandungan hiburan kegemaran mereka sama ada melalui saluran baharu yang disediakan atau menerusi aplikasi HBO Max yang kini menjadi fokus utama.

sumber : astro corporate

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now