Apa Beza ROC dan ROB Dalam Perniagaan

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
beza roc dan rob

Pasti ada yang masih keliru dan tidak tahu apa beza ROC dan ROB terutamanya bagi mereka yang baru sahaja ceburi dalam dunia perniagaan. Adakah ianya dua perkara yang sama atau sebaliknya?

Dalam dunia perniagaan di Malaysia, pendaftaran entiti perniagaan adalah langkah asas sebelum seseorang individu atau kumpulan memulakan operasi secara sah. Dua jenis pendaftaran utama yang sering disebut dalam konteks ini ialah ROC (Registrar of Companies) dan ROB (Registrar of Business).

Walaupun kedua-duanya berada di bawah pentadbiran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), namun mereka mewakili dua bentuk perniagaan yang sangat berbeza dari segi struktur, tanggungjawab undang-undang, dan keperluan pengurusan.

Secara ringkas, ROC merujuk kepada syarikat yang berdaftar secara rasmi seperti Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), manakala ROB pula merujuk kepada perniagaan milikan tunggal atau perkongsian.

Bagi individu yang ingin menceburi bidang keusahawanan, pemahaman yang jelas tentang perbezaan antara ROC dan ROB sangat penting agar pilihan yang dibuat sesuai dengan keperluan dan matlamat jangka panjang perniagaan.

Maksud ROC (Registrar of Companies)

ROC atau Registrar of Companies merujuk kepada pendaftaran syarikat di bawah Akta Syarikat 2016. Ia merangkumi syarikat yang berdaftar sebagai Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Berhad (Bhd.).

beza roc dan rob

Syarikat yang didaftarkan di bawah ROC adalah satu entiti perundangan yang berasingan daripada pemilik. Ini bermakna, syarikat tersebut boleh memiliki aset, menandatangani kontrak, dan didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri.

Setiap syarikat yang berdaftar di bawah ROC perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah dan seorang setiausaha syarikat. Selain itu, syarikat juga diwajibkan untuk mengemukakan penyata kewangan tahunan, menjalani audit, dan mematuhi peraturan korporat yang ditetapkan oleh SSM.

Pendaftaran ROC lebih sesuai untuk individu atau kumpulan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka secara lebih profesional dan teratur, dengan akses kepada peluang pembiayaan, kontrak kerajaan, dan pelabur luar.

Walaupun kos penubuhan dan pengurusan syarikat Sdn. Bhd. lebih tinggi berbanding perniagaan biasa, tetapi ia menawarkan perlindungan liabiliti terhad kepada pemilik. Ini bermaksud, sekiranya syarikat mengalami kerugian atau muflis, harta peribadi pemilik tidak akan terjejas (kecuali jika ada jaminan peribadi).

Maksud ROB (Registrar of Business)

ROB pula merujuk kepada pendaftaran perniagaan yang bukan syarikat berhad, seperti milikan tunggal (sole proprietorship) dan perkongsian (partnership). Ia tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Bentuk perniagaan ini sangat popular di kalangan usahawan kecil, freelancer, atau individu yang baru mahu mencuba dalam dunia perniagaan kerana ia mudah dan kosnya juga rendah.

beza roc dan rob

Perniagaan yang didaftarkan di bawah ROB tidak mempunyai entiti yang berasingan daripada pemilik. Ini bermaksud, pemilik bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua hutang dan tanggungan perniagaan. Sekiranya perniagaan gagal membayar hutang, aset peribadi pemilik boleh disita.

Pendaftaran ROB boleh dibuat dengan mudah secara dalam talian (ezybiz.ssm.com.my) atau di pejabat SSM. Prosesnya cepat dan tidak memerlukan setiausaha syarikat atau laporan audit tahunan.

Walaupun begitu, perniagaan di bawah ROB mempunyai batas tertentu seperti kesukaran mendapatkan pelaburan besar atau menandatangani kontrak perniagaan berskala besar. Ada sedikit batas la

Jadi Apa Beza ROC dan ROB

Terdapat beberapa perbezaan ketara antara ROC dan ROB dari pelbagai aspek seperti struktur, keperluan undang-undang, pengurusan, dan skala operasi:

AspekROC (Syarikat Sdn. Bhd.)ROB (Milikan Tunggal/Perkongsian)
Akta TerpakaiAkta Syarikat 2016Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Entiti BerasinganYa (berasingan dari pemilik)Tidak (pemilik dan perniagaan adalah sama)
LiabilitiTerhad kepada pelaburan pemilikTidak terhad – pemilik bertanggungjawab penuh
Kos PendaftaranLebih tinggiLebih rendah
Audit & LaporanWajibTidak wajib
Setiausaha SyarikatDiperlukanTidak perlu
KesesuaianPerniagaan sederhana ke besarPerniagaan kecil atau permulaan
Kemampuan Dapat ModalLebih mudah dapat pelabur dan pinjamanTerhad kepada modal pemilik

Pemilihan sama ada untuk daftar di bawah ROC atau ROB bergantung kepada tahap kesediaan, modal, dan matlamat jangka panjang perniagaan.

Adakah Anda Akan Pilih ROC Atau ROB?

Memahami perbezaan antara ROC dan ROB sangat penting sebelum memulakan perniagaan. Pilihan yang tepat bukan sahaja memberi kemudahan dari segi operasi, tetapi juga menjamin kelangsungan dan perlindungan dalam jangka panjang. Pilihlah berdasarkan keperluan dan kemampuan anda.

Jadi sekarang ada sudah tahu apa beza ROC dan ROB? Anda pilih yang mana untuk mulakan perniagaan? Kongsilah dengan kami…

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment