Siaran Langsung Manchester United vs ASEAN All Stars Dan LIVE STREAMING di MUTV

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
manchester united vs asean all stars

Satu perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan bakal berlangsung antara kelab tersohor dari England, Manchester United, dan pasukan gabungan Asia Tenggara, ASEAN All Stars. Perlawanan ini dijangka menarik perhatian peminat bola sepak serantau kerana ia mempertemukan pasukan ternama dengan barisan pemain terbaik dari negara-negara ASEAN.

Match ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah pra-musim Manchester United, yang sering kali melibatkan lawatan ke Asia untuk mendekatkan kelab dengan penyokong antarabangsa. Perlawanan seperti ini bukan sahaja bertujuan untuk mempersiapkan pemain menghadapi musim baru, malah ia juga membuka peluang buat pemain ASEAN untuk menyerlah di pentas global.

Pertembungan Manchester United vs ASEAN All Stars akan berlangsung pada 28 Mei 2025, hari Rabu, bermula pada pukul 8.45 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Tiket kini boleh dibeli menerusi laman web www.myticketempire.com/manumy dengan harga bermula serendah RM50 hingga RM1,500 untuk tiket VIP.

Siaran Langsung Dan Tayangan Live Streaming

Bagi mereka yang tidak berpeluang menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium, berita baik kerana siaran langsung perlawanan ini akan ditayangkan melalui MUTV, saluran rasmi Manchester United.

MUTV menawarkan liputan menyeluruh termasuk perlawanan secara langsung, analisis sebelum dan selepas perlawanan, temubual eksklusif, serta kandungan lain berkaitan kelab.

Untuk menonton siaran langsung, pengguna boleh melanggan MUTV melalui laman web rasmi www.manutd.com/mutv atau aplikasi mudah alih MUTV yang tersedia di Android dan iOS. Langganan ditawarkan pada kadar yang berpatutan dan memberikan akses kepada pelbagai kandungan eksklusif sepanjang tahun.

Selain itu, jika anda pengguna Astro dan melanggan pakej sukan, anda boleh dapatkan akses percuma MUTV menerusi beIN Sports Connect. Hanya perlu login menggunakan akaun Astro anda sahaja.

Pasukan ASEAN All Stars pula dijangka dibarisi pemain terbaik dari beberapa liga utama rantau ini termasuk Liga Super Malaysia, Liga 1 Indonesia, Thai League, dan termasuk pemain Australia. Ia merupakan peluang istimewa buat pemain dari rantau ini menimba pengalaman serta mengukur kemampuan berhadapan dengan pemain antarabangsa bertaraf dunia.

Senarai Pemain ASEAN All Stars

Berikut merupakan senarai pemain bola sepak Asia Tenggara yang dipanggil untuk sertai skuad ASEAN All Stars

Secara keseluruhan, perlawanan ini merupakan acara yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memperkukuh hubungan antara Manchester United dan komuniti bola sepak di Asia Tenggara.

Justeru, pastikan anda tidak terlepas untuk menyaksikan siaran langsung Manchester United vs ASEAN All Stars di MUTV. Daftarkan langganan anda dan nikmati pengalaman menonton perlawanan ini secara rasmi dan eksklusif dari mana sahaja anda berada.

Keputusan Perlawanan

FT : Manchester United (0) – (1) ASEAN All Stars

  • Maung Maung Lwin 71′

Masa : 8.45 malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Siaran tertunda Astro Grandstand
Live Streaming : MUTV

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment