Sekarang ni, jenama Proton makin berkembang dengan pelbagai model menarik untuk semua golongan. Dari sedan sampai SUV termasuk juga EV, semuanya ada pilihan tersendiri.
Setiap model Proton hadir dengan reka bentuk moden dan teknologi terkini. Bukan itu saja, harga yang ditawarkan juga berbeza mengikut keperluan dan bajet pembeli.
Bagi yang baru nak beli kereta pertama, Proton Saga masih jadi pilihan utama. Harganya mampu milik dan sesuai untuk kegunaan harian.
Kalau nak sesuatu yang lebih sporty dan bergaya, Proton Iriz dan Persona boleh jadi pilihan terbaik. Reka bentuknya menarik dengan ruang dalaman yang selesa untuk seisi keluarga.
Bagi peminat SUV pula, Proton X50 dan X70 memang tak pernah mengecewakan. Kedua-duanya tampil dengan gaya mewah dan ciri keselamatan tinggi.
BACA JUGA : Senarai Kereta Dengan Bayaran Bulanan Kurang RM500 Sebulan
Untuk mereka yang nak rasa pemanduan lebih premium, Proton S70 pula jadi buah mulut ramai sejak dilancarkan. Model ini bukan sahaja nampak eksklusif, tapi juga lengkap dengan teknologi moden dan enjin berkuasa.
Manakala untuk kereta elektrik, EV, sekarang Proton sudah keluarkan 2 jenis model iaitu e.Mas 7 dan e.Mas 5. Makin banyak pilihan dibawah jenama Proton.
Menariknya, harga kereta Proton tahun 2025 ni masih berpatutan walaupun kualiti semakin tinggi. Proton jelas berjaya kekalkan reputasi sebagai pengeluar kereta nasional yang memahami kehendak rakyat Malaysia. Sama ada untuk kegunaan keluarga, kerja atau gaya hidup moden, ada saja model sesuai untuk semua.
Dengan pelbagai pilihan dan julat harga yang fleksibel, tak hairan Proton terus jadi pilihan utama ramai. Setiap model direka khas untuk memberi pengalaman pemanduan yang selesa dan berbaloi.
Jadi, kalau tengah rancang nak beli kereta baru tahun ni, jom tengok senarai harga penuh Proton tahun 2025. Siapa tahu, mungkin ada satu model yang sesuai dengan bajet dan citarasa anda.
Senarai Harga Kereta Proton Tahun 2026
Jom tengok senarai harga kereta Proton terkini. Harga yang dipaparkan adalah harga OTR (On-The-Road). Jadi beli, bayar dan terus bawa balik
1. Proton Saga
| Varian | Harga |
|---|---|
| 1.3 AT Standard | RM40,013 |
| 1.3 AT Premium | RM43,088 |
| 1.3 AT Premium S | RM46,162 |
2. Proton Iriz
| Varian | Harga |
|---|---|
| 1.3 CVT Standard | RM44,112 |
| 1.6 CVT Executive | RM51,816 |
| 1.6 CVT Active | RM58,990 |
3. Proton Persona
| Varian | Harga |
|---|---|
| 1.6 CVT Standard | RM49,242 |
| 1.6 CVT Executive | RM54,891 |
| 1.6 CVT Premium | RM60,015 |
4. Proton S70
| Varian | Harga |
|---|---|
| 1.5T Executive | RM75,795 |
| 1.5T Premium | RM81,935 |
| 1.5T Flagship | RM92,170 |
| 1.5T Flagship X | RM92,287 |
5. Proton X50
| Varian | Harga |
|---|---|
| 1.5T Standard | RM88,709 |
| 1.5T Executive | RM95,883 |
| 1.5T Premium | RM104,606 |
| 1.5T Flagship | RM116,379 |
5. Proton X50 (2025)
| Varian | Harga |
|---|---|
| 1.5TD Executive | RM92,639 |
| 1.5T Premium | RM104,979 |
| 1.5T Flagship | RM116,784 |
6. Proton X90
| Varian | Harga |
|---|---|
| 1.5 TGDi BSG Standard | RM127,152 |
| 1.5 TGDi BSG Executive | RM134,325 |
| 1.5 TGDi BSG Premium | RM148,673 |
| 1.5 TGDi BSG Flagship | RM156,871 |
4. Proton X70 2025
| Varian | Harga |
|---|---|
| 1.5 TGDi Standard | RM101,532 |
| 1.5 TGDi Executive | RM113,829 |
| 1.5 TGDi Premium | RM127,152 |
| 1.5 TGDi Premium X | RM130,036 |
5. Proton EV e.MAS 5
| Varian | Harga |
|---|---|
| Prime | RM59,800 |
| Premium | RM72,800 |
BACA JUGA : Senarai Harga Penuh Dan Spesifikasi Proton EV e.MAS 5
5. Proton EV e.MAS 7
| Varian | Harga |
|---|---|
| Prime (WLTP 345 km) | RM109,800 |
| Premium (WLTP 410 km) | RM123,800 |












